Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Kuah Yong Tau Fu Viral. Buat Sendiri Lebih Puas Hati!
Kuah Yong tau fu adalah penyedap pada bahan rebusan yang terdapat dalam hidangan yong tau fu. Yong tau fu merupakan sejenis hidangan sup cina yang terkenal di Malaysia dan juga Singapura. Resepi ini menjadi kegilaan ramai. Sehinggakan ada saja yang sanggup beratur panjang di pasar malam atau restoran untuk menikmatinya.
Apa yang dimaksudkkan dengan “Yong Tau Foo”? Ianya membawa maksud “tauhu yang dibubuh”. Kalau dulu tauhu akan di dibubuh pes daging ikan atau ayam tapi sekarang tidak lagi, resepi ini telah dipelbagaikan dimana terdapat bahan rebusan seperti sayuran, seafood, bebola ikan dan macam-macam lagi.
Penyediaan kuah yong tau fu ini juga sangatlah mudah. Terdapat dua junis kuah yong tau fu yang perlu dimasak iaitu kuah hitam yang menggunakan taucu dan juga kuah merah yang menggunakan kacang tanah. Kedua-dua kuah ini perlu dicampur terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
Macam mana nak masak kuah yong tau fu yang sedap macam dijual di pasar malam atau restoran? Jangan risau, ikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Suzi Ahmad melalui page Senangnya Masak. Confirm menjadi!
Memandangkan sekarang PKP dan kita dilarang sama sekali berkumpul di tempat awam. Bolehlah anda semua mencuba resepi ini dirumah. Buat hidangan makan malam bersama keluarga. Pasti semuanya gembira.
RESEPI KUAH YONG TAU FU
Nak makan kat luar musim negara kita dilanda pendemik covid-19 ni memang agak membimbangkan. Pasti anda tercari-cari resepi kuah yong taufu yang sedap kan? jom follow cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk kuah hitam (Bahan A):
- 2 sd makan taucu
- 2 sd makan tepung jagung
- 2 sd makan tepung gandum
- 3 sd makan kicap pekat
- 3 sd makan sos tiram
- 4-5 sd makan gula
- 3 cawan air
Bahan-bahan untuk kuah merah (Bahan B):
- 1/2 cawan kacang tanah yang sudah digoreng
- 1 sd makan tepung gandum
- 1 sd makan tepung jagung
- 4- 5 sd makan gula
- 3 cawan air
- 1/4 sd makan garam
Bahan lain :
- 3 sd makan cili kisar
CARA PENYEDIAAN KUAH YONG TAU FU :
Cara penyediaan kuah hitam :
▶️ Masukan semua bahan A kedalam blender. Kisar hingga taucu halus. Kemudian masak sehingga mendidih sekejap.
Cara penyediaan kuah merah :
▶️ Blender semua bahan B sehingga kacang jadi halus.
Cara seterusnya :
▶️ Panaskan sedikit minyak. Tumis 2 biji bawang putih ketuk.
▶️ Masukkan 3 sd makan cili kisar. Tumis sehingga kering.
▶️ Kemudian masukkan semua bahan yang telah di kisar tadi (kuah hitam + kuah merah). Masak sekejap sehingga kuah agak pekat. Lebih kurang 5 minit.
▶️ Siap untuk dimakan bersama bebola, sosej, sayur, sotong dan lain-lain lagi.
BACA JUGA: Resepi Kuah Kacang Paling Mudah Dan Sedap. Hidangan Bonda Yang Anda Wajib cuba!
Semudah ABC dan 123 kan. Nak masak bebola, sayur dan daging hanya perlu direbus sahaja. Yang menetukan yong tau fu itu sedap atau tidak tergantung pada cara penyediaan kuahnya. Kuahnya sedap makan sedaplah hidangan yong tau fu itu.
Walaupun hidangan ini merupakan resepi dari bangsa cina, tetapi Ianya juga menjadi kegilaan orang melayu. Hidangan ini mesti dimakan panas-panas barulah lebih puas hati. Lepas ni nak makan yong tau fu boleh dibuat dirumah sahaja.
Jangan ke sana ke sini, “kita jaga kita”. Jika tiada keperluan, jangan keluar sesuka hati. Semoga resepi kuah yong tau fu yang simple dan sedap ini bermanfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!