Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Pancake Simple Dan Lembut. Menu Ala Western Dari Kampung!
Kalau di kampung namanya lempeng, tapi kalau di bandar namanya pancake. Nak rasa feeling macam makan makanan orang putih boleh lah cuba buat pancake ni. Tak kisah lah kita stay bandar ke kampung ke dua-dua boleh buat.
Ada masa lempeng lebih sedap, terutama sekali bila buat lempeng pisang. Bakar sampai garing sikit, makan dengan kelapa parut. Memang sedap sangat!
Tapi kalau nak buat lempeng ni pun sedap sebab kitab oleh gunakan inti apa yang kita suka. Setengah orang suka sapukan coklat spread. Ada yang suka makan dengan peanut butter atau jem yang ada.
Kalau korang pernah makan waffle, pancake ni sejenis tu juga Cuma tidak berbentuk seperti waffle. Resepi Cik puan Arm Ika ni, serious nampak mudah nak follow. Nak buat makan pagi atau minum petang memang sesuai sangat lah.
Bahan yang digunakan semua bahan mudah nak dapat dan kebiasaannya memang ada je dekat dapur kita. Tapi, andai tias, bolehlah dapatkan dulu. Paling menarik tak perlu nak bakar pakai oven atau acuannya. Gunakan magic pan je pun boleh.
RESEPI PANCAKE
Kalau korang ada acuan waffle boleh buat bancuhan tepungnya menggunakan cara yang sama je. Kemudian tuangkan dalam acuan, bakar sampai garing. Tapi untuk pancake kene terbalikkan bila dah tiba masanya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 biji telur
- 3 – 4 sudu besar gula
- 2 sudu besar minyak
- ½ cawan susu cair
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu madu
CARA PENYEDIAAN PANCAKE :
▶ Pertama sekali, satukan semua bahan kecuali tepung gandum dan baking powder. Kacau menggunakan whisk atau kisar dalam blender.
▶ Pastikan semua bahan larut dan hancur ye. Sementara itu, ayak tepung gandum dan juga baking powder.
▶ Kemudian, masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas tepung dan kacau sekata.
▶ Seterusnya, masukkan madu dalam adunan. Kacau semua sekata.
▶ Panaskan pan, sapukan sedikit minyak. Letakkan sesenduk adunan di atas pan. Biarkan pancake kita gerak sendiri.
▶ Masak gunakan api yang sederhana. Biarkan bahagian atas pancake berlubang-lubang baru terbalikkan ye.
▶ Siap dan sedia untuk dimakan.
BACA JUGA: Cara Buat Kuah Kacang Air Tangan Sendiri. Resepi Paling Simple Tanpa Udang Kering!
Bila dah siap, ambil satu pancake sapu kan dengan bahan perisa. Dan tindihkan dengan satu lagi pancake Makan tengah panas memang dan suam memang sedap.
Ada yang suka makan dengan madu je. Curahkan madu di atas pancake kita dan picit sedikit whipping cream. Kalau dekat Cameron, makan siap ada strawberry lagi tau.
Resepi pancake simple dan mudah macam ni, semua orang boleh buat. Nak belajar masak, nak buat selera lain sikit daripada yang biasa kita buat bolehlah cuba buat pancake ni. Serious sedap!