Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Paling Mudah Buat Kek Belimbing Buluh. Gebu Dan Pastinya Sedap, Anda Wajib Cuba!

0 1,797

Nak buat kek belimbing buluh? Tapi risau rasa masam kan. Jangan risau, hari ini ada satu perkongsian resepi baru iaitu cara paling mudah buat kek belimbing buluh yang gebu dan pastinya sedap.

Resepi ini simple, mudah, dan cepat. Rasanya juga tidaklah masam, manis pun sedang-sedang je. Just nice la senang kata. Anak-anak pasti suka kek ni. Sekejap je seloyang boleh habis tau.

Seperti yang kita tahu, Pokok Belimbing Buluh atau nama lainnya belimbing asam ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Ia mempunyai bentuk yang kecil dan segi empat panjang. Pastinya jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam.

Resepi kek belimbing buluh hari ini adalah hasil perkongsian dari Cik Puan Farhana Razal. Menerusi perkongsian beliau di facebook, ramai yang telah mencuba resepi ini dan kebanyakkan memberi respon kek ini ternyata memang sedap.

Disebabkan rasa belimbing buluh ini agak masam, ia jarang dimakan mentah. kebanyakan ia akan digunakan dalam masakkan sebagai pengimbang rasa masam dalam masakan asam pedas, masak lemak cili api dan lain-lain lagi.

 

RESEPI KEK BELIMBING BULUH

Macam mana nak buat kek belimbing buluh yang tak masam? Ha! jom follow resepi ini. Ikuti saja langkah-langkah penyediaannya satu persatu. Pasti menjadi!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 12 biji belimbing buluh*
  • 1 cawan gula*
  • 1 cawan minyak*
  • 4 biji telur*
  • 1/2 sk garam*
  • 2 cawan tepung kek /tepung gandum
  • 1 sk baking powder

CARA PENYEDIAANNYA KEK BELIMBING BULUH :

▶️ Mula-mula kisarkan semua bahan yang bertanda * diatas dalam 3 minit ke 5 minit.

▶️ Kemudian tuang dalam mangkuk besar untuk digaul.

▶️ Sebelum gaul, ayak dahulu tepung gandum dengan bikarbonat (jika tiada tepung kek guna tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder)

▶️ Tuangkan tepung kedalam mangkuk yang berisi bahan kisaran. Gaul menggunakan wire whips (jika tiada wire whips boleh guna senduk kayu untuk gaul). Gaul hingga sebati.

▶️ Apabila sebati, bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Bakar pada suhu 160C selama 50 minit. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi keli berlado yang sedap, mudah dan simple cara masaknya. Wajib Cuba!

 

Wah, dah siap! Mudahkan. Pasti ramai yang nak cuba resepi ini. Kepada mak-mak yang ada tanam belimbing buluh dibelakang rumah jangan biarkan ia rosak pula, cubalah buat kek belimbing buluh ni.

Belimbing buluh juga banyak hasiatnya tau. Antaranya adalah ubat bagi pesakit darah tinggi. Boleh ambil 3 biji buah belimbing buluh dan potong kecil-kecil lepastu rebus. Air rebusan tu minum setiap hari selepas sarapan pagi.

Ramai yang suka makan kek tapi malas nak buat kan. Tapi resepi kek belimbing buluh ni sangat mudah cara penyediaanya, rugi anda tidak mencuba. Semoga resepi ini memberi mafaat kepada kita semua. Ingat, jangan buang belimbing buluh yang banyak dibelakang rumah tu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open