Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Beef Steak Sedap Dan Lembut Macam Kedai. Bahan Perapan Padu Penentu Rasa!

0 18,305

Kalau sebelum ni dah biasa dan pandai buat chicken chop atau chicken grill. Cuba kali ni kita cuba buat beef steak pulak. Haa, nak makan dekat kedai rasa mahal, kan. Buat sendiri macam ni baru puas nak makan banyak-banyak.

Selera western ni ada masa dia datang tiba-tiba je kan. Bila datang rasa nak makan tu, sellaunya memang beli di kedai lah sebab mana nak ada barang-barang makanan western macam tu.

Lepas ni, dah tahu cara nak buat beef steak ni boleh simpan je bahan-bahand alam peti dan makan bila rasa tu datang. Tak perlu pergi kedai dah, buat sendiri pun sedap.

Perkongsian daripada Cik Puan Suisan Aliezsha ni memang korang wajib cuba paling tidak sekali. Sebab lepas tu confirm akan repeat lagi dan lagi. Simple je sebenarnya nak hasilkan beef steak yang lembut dan sedap bahan perapannya.

Nak makan beef steak ni comfirmlah makan dengan sos black pepper kan. Tapi dalam sharing kali ni, saya tak sediakan cara nak buat sos black pepper tau. Hanya konsgikan bahan perapan yang kita akan buat untuk perap daging kita.

 

RESEPI BEEF STEAK HOMEMADE

Untuk lebih sedap, bahagian daging tersebut gunakan bahagian batang pinang. Barulah dapat isi yang lembut dan bahan perapan senang serap masuk ke dalam isi daging.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Daging batang pinang
  • Halia
  • Bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Sos Lada Hitam
  • Sos cili
  • Madu
  • Biji lada hitam
  • Ketumbar
  • 2 sudu planta @ marjerin

CARA PENYEDIAAN BAHAN PERAPAN :

▶ Mula-mula sekali, kisar halia, bawang putih, tomato, sos lada hitam, sos cili dan madu. Kisar menggunakan sedikit air sahaja. Kisar sampai hancur.

▶ Kemudian kisar kering lada hitam dan ketumbar.

▶ Seterusnya panaskan kuali. Cairkan planta, dan masukkan bahan kisar basah tadi. masak dengan api yang sederhana. Masak sehingga mendidih.

▶ Kemudian, dah mendidih masukkan lada hitam dan ketumbar yang dikisar. Taburkan sedikit garam sebagai pahan perasa.

▶ Bila dah masak sepenuhnya, perapkan dengan daging. Daging ni hiris nipis ikut ketebalan yang kita suka. Perap minima 4 jam atau lebih sedap diperap semalaman.

BACA JUGA: Cara Buat Pancake Simple Dan Lembut. Menu Ala Western Dari Kampung!

▶ Untuk membakarnya, panaskan oven dan bakar dengan suhu 180’c selama 30 minit mengikut oven masing-masing.

▶ Siap untuk dihidangkan!

Mudah kan nak hasilkan beef steak macam kedai ni. Kalau nak makan beef steak, paling penting ialan bahan perapan dia. Kalau silap buat, perapan tak rasa sangat atau perapan yang terlalu sekejap, boleh berikan kesan pada beef steak kita.

Sebab tu, untuk perap suggest sekurang-kurangnya 4 jam barulah dapat rasa perapan yang masuk ke dalam isi daging kita. Jadi, kalau nak makan malam dah boleh buat siap-siap waktu petang atau buat malam untuk malam esoknya pun boleh. Lagi lama perap lagi sedap.

Semoga perkongsian kali ni memberikan manfaat kepada semua yang sedang tercari-cari resepi beef steak ni.  Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open