Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kuah Kacang Air Tangan Sendiri. Resepi Paling Simple Tanpa Udang Kering!
Setiap kali raya, apa makanan wajib ada selain daripada lemang? Of course lah kuah kacang, nasi impit, lontong dan banyak lagi lah kan. Kalau dihidangkan nasi impit dan kuah kacang, makan tu je pun saya suka tau!
Tapi, kalau nak buat kuah kacang ni kena buat sedap-sedap/ Barulah boleh habis licin makanan kita dibuatnya. Silap sikit je kuah kacang kita, memang tak ramai lah yang akan makan.
Kuah kacang yang sedap bila makan kacangnya tidak terlalu hancur, bila gigit ada rasa kacang yang dikisar kasar tu. Aroma bahan yang kita gunakan untuk buat kuah kacang ni pun sangat penting dalam menghasilkan kuah kacang yang sedap.
Kalau ikutkan tak semua orang yang rajin nak buat kuah kacang sendiri. Terutama sekali bila masa nak masak sambalnya sebab nak pastikan ianya betul-betul masak sempurna.
Dalam perkongsikan Tuan Abdul Razak Abdul Rahim ni, beliau kongsikan macam mana nak buat kuah kacang yang simple dan mudah je. Yang penting homemade buatan sendiri. Dah tahu cara nak buat sedap, boleh buat bila-bila je tak perlu tunggu raya.
RESEPI KUAH KACANG
Ramai juga yang jual kuah kacang intant. Tinggal masukkan air panas sahaja dan kacau sampai larut. Tapi kalau nak rasa original air tangan sendiri boleh ikut resepi ni ye.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 sudu kecil asam jawa adabi
- 2 cawan Kacang tanah
- Gula merah atau gula pasir
- Garam
BAHAN KISAR :
- 3 batang serai
- 2 inci halia
- 2 biji bawang merah ( besar)
- Segenggam cili kering
CARA PENYEDIAAN KUAH KACANG :
▶ Mula-mula sekali, kisar bahan blend sampai betul-betul garing dan pecah minyak.
▶ Sementara tu, goreng kacang tanah sehingga bertukar warna coklat dan kacang masak.
▶ Kemudian kisar kering kacang. Jangan terlalu halus sangat.
▶ Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan asam jawa. Masukkan sikit demi sedikit supaya dapat adjust rasa masam. Kacau sebati
▶ Seterusnya, masukkan kacang yang kira kisar tadi. Kalau tak cukup pekat, tambahkan lagi kacang.
▶ Kacau sampai sebati dan masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang ni sedap dimakan sedikit manis. Masak sampai pecah minyak sekali lagi.
▶ Sambil masak kuah kacang ni, dapur sebelah dah boleh rebus nasi impit ye.
▶ Rasa dah ngam, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Buat Ayam Panggang Dari Dapur Sendiri. Lelaki Ni Kongsikan Buat Ayam Panggang Ala Kenny Rogers!
Lain orang lain caranya nak buat kuah kacang ni. Ada yang kongsikan tip, untuk dapatkan hasil dan rasa yang lebih sedap boleh masukkan udang kering. Ianya terpulang kepada citarasa kita.
Bagi saya resepi di atas ni adalah yang paling simple dan paling senang kalau kita nak follow. Kalau ada yang baru nak belajar buat kuah kacang ni, memang confirm akan menjadi lah kalau follow resepi ni.
Jangan lupa kongsikan di facebook masing-masing ya. Mana tahu ada yang dapat manfaat yang sama macam kita. Selamat mencuba semua!