Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Roti Canai Persis Kedai Mamak. Gebu Dan Lembut!
Kalau ke kedai mamak, wajib makan roti canai mamak! Memang beza rasa dia kalau makan roti canai mamak dengan roti canai lain. Dia punya gebu memang tak boleh bincang. Makan pulak dengan kuah dhal campur sambal, marvellous!
Roti canai mamak pun tak semua kedainya sama. Kerana doh dan orang yang menebarnya berbeza. Jadi, sudah pasti hasilnya juga tak sama. Akan tetapi di musim sekarang ni risau juga nak keluar rumah semata-mata roti canai mamak kan.
Oleh itu, ramai yang kongsikan cara-cara nak buat roti canai di group masakan. Namun, saya tertarik dengan perkongsian seorang wanita ini iaitu Cik Puan Rohani Ibrahim yang kongsikan macam mana nak buat roti canai persis kedai mamak.
Dengan bahan-bahan yang disenaraikan nampak macam semuanya ada dan boleh terus mula. Roti canai ni sedap dimakan pada bila-bila masa je sebenarnya. Tapi ianya lebih sedap dimakan ketika masih panas.
Bila di rumah, tak rajin sangat lah nak buat kuah kari, atau kuah dhal untuk dimakan bersama roti canai kan. Jadi antara pencicah yang boleh kita makan bersama roti canai ni ialah susu pekat, atau pun gula. Jom saya kongsikan caranya.
RESEPI ROTI CANAI PERSIS MAMAK
Kalau nak buat frozen pun boleh tau guna resepi ini. Buat banyak-banyak, dah siap tebar nanti masukkan je dalam freezer. Nak makan nanti, boleh keluarkan dan panaskan sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar planta
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan air sejuk dari peti
- 4 cawan gandum
CARA PENYEDIAAN ROTI CANAI PERSIS MAMAK :
▶ Mula-mula sekali, cairkan planta dalam kuali.
▶ Sementara tu, dalam satu bekas besar masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Sebatikan semua bahan-bahan tersebut.
▶ Seterusnya, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil uli
▶ Uli doh sehingga jadi licin. Kemudian bulatkan kecil-kecil mengikut saiz yang kita inginkan. Kalau nak roti canai kita besar, boleh besarkan setiap doh.
▶ Simpan dalam bekas. Sapukan dengan sedikit minyak.
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Goreng Spicy Korea. Mudah Dan Menjimatkan!
▶ Peram sekejap dalam 3 hingga 4 jam, kemudian sudah boleh dicanai dan tebar.
▶ Panaskan pan atau kuali non stick kemudian renjiskan sedikit minyak.
▶ Bakar sekejap sampai garing.
Maka, terhasillah roti canai yang gebu persis macam di kedai mamak. Selain makan dengan kuah dan pencicah yang ada, makan macam tu je pun sedap tau!
Simpan dulu resepi ni supaya mudah nanti nak buat rujukan jika nak buat lagi. Senang dan simple je step yang dikongsikan.
Jika ada yang nak buat sebagai resepi jualan, boleh follow step by step yang dikongsikan ni. Kepada yang nak cuba, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!