Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ayam Goreng Spicy Korea. Mudah Dan Menjimatkan!

Ayam korea mudah
0 1,444

Ada yang pernah makan ayam goreng korea? Ala, ayam goreng dengan kuah merah pedas dan taburan bijan tu. Siapa yang minat tengok cerita korea, suka makan pedas-pedas confirm pernah cuba kan. Barulah feel jadi oppa dan unni!

Ada banyak kedai-kedai yang menjual makanan korea sekarang ni. Kadang-kadang kedai makan biasa-biasa pun ada juga hidangan ayam goreng korea ni. Sebab tahu ada banyak permintaan tinggi.

Kalau nak rasa seketul dua, bolehlah cuba beli dan rasa. Kalau dah memang suka dan hantu makan makanan ni, tak salah untuk cuba buat sendiri. Baru puas hati dapat makan ayam goreng Korea ni banyak.

Untuk resepi kali ni, saya nak kongsikan macam mana nak buat ayam goreng korea dengan sos merah pedas yang dinamakan gochujang ni versi halal punya. Memang ada yang gunakan bahan tidak halal tau. Jadi, kena hati-hati!

Resepi yang disharekan oleh pemilik facebook Cik Eika Azmi ni nampak macam mudah je kita nak follow. Step by step yang dikongsikan lengkap. Mudah kita nak faham.

 

RESEPI AYAM GORENG KOREA

Untuk buat ayam goreng korea ni ada 2 bahagian iaitu cara nak sediakan ayamnya dan juga sos gochujangnya. Saya kongsikan kedua-duanya di bawah ye.

BAHAN SOS GOCHUJANG :
  • 1 senduk tachu ( kisar halus )
  • 3 senduk tepung pulut
  • 1 ½ cawan air
  • ½ cawan serbuk cili babas
  • 3 senduk madu
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk kicap manis
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 sudu garam halus
  • 2 biji balang saiz sederhana

CARA PENYEDIAAN SOS GOCHUJANG :

▶ Masukkan tepung pulut bersama taucu kisar ke dalam periuk atau kuali. Jangan hidupkan api lagi tau.

▶ Kemudian, masukkan air dan kacau sebati. Masukkan madu dan gula

▶ Pasangkan api sederhana sambil kacau perlahan.

▶ Masukkan sos tiram dan juga kicap manis. Gaul lagi sampai sebati.

▶ Seterusnya tabur sedikit garam dan kacau sehingga mendidih dan likat menjadi kuah sos gochujang.

▶ Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam balang. Boleh digunakan berkali kali.

 

Sos gochujang dah siap, sekarang ni masa untuk siapkan ayam gorengnya pulak. Barulah dapat hasilkan ayam goreng korea yang marvellous!

BAHAN UNTUK AYAM GORENG :
BAHAN PERAPAN :
  • 15 ketul sayap / drummet
  • Sedikit halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil garam

BAHAN GORENG :
  • 2 biji telur ayam
  • 1 mangkuk tepung goreng bestari pedas

BAHAN MENGGAUL :
  • 1 inci hirisan halia
  • 3 ulas bawang putih ( hiris)
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 sudu minyak masak
  • 3 senduk sos gochujang
  • 1 sudu bijan
  • 1 senduk air

CARA PENYEDIAAN BAHAN AYAM GORENG KOREA :

▶ Mula-mula sekali, basuh bersih bahagian ayam yang kita nak gunakan.

▶ Kemudian perapkan bersama bahan perap lebih kurang dalam 15 minit hingga setengah jam.

▶ Cukup masa, celupkan ayam dalam telur dan golekkan dalam tepung bestari.

▶ Goreng dengan api yang sederhana supaya minyak menyerap dalam tepung.

▶ Dah masak, angkat dan toskan minyak bila ayam dah garing kekuningan.

▶ Seterusnya masa untuk menggaul sos dengan ayam goreng tadi.

BACA JUGA: Cara Masak Kuih Talam Sagu Resepi Kampung Yang Lejen! Guna Pengukus Je.

▶ Panaskan minyak masak,  dan masukkan hirisan halia dan bawang putih.

▶ Tumis sampai naik bau. Seterusnya, masukkan sos gochujang dengan 1 senduk air.

▶ Gaulkan semua bahan tersebut, dan masukkan hirisan cili padi. Kalau nak pedas boleh extrakan cili ye.

▶ Bahan dah sebati, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. gaul sampai sekata. Pastikan keseluruhan ayam bersalut dengan sos kita.

▶ Angkat dan letakkan dalam pinggan. Sebelum dihidangkan, taburkan dengan bijan terlebih dahulu.

Siap! Senang je kan nak buat ayam goreng korea ni. Kekuatan ayam goreng korea ni adalah pada sos gochujang dia. Kalau menjadi sosnya, maka dapatlah kita hasilkan resepi ayam goreng korea yang awesome!

Boleh simpan dulu resepi yang saya kongsikan ni supaya mudah nak rujuk di kemudian hari. Rasa yang sedap, cara nak buat pun mudah sahaja.

Dah cuba, jangan lupa sharekan ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open