Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Melt Cake Leleh Yang Sedap Sangat. Anak-Anak Pasti Berebut Nak Makan!

0 269

Pernah tak cuba resepi melt cake leleh dari azlina ina? Yang belum pernah cuba lagi, apa kata kita ikuti resepinya disini. Kek ini juga antara manisan yang sangat sedap sehinggakan anak-anak berebut nak makan.

Apa saja resepi yang beliau kongsikan tidak pernah mengecewakan. Perkongsiannya juga mudah difahami. Walaupun anda bukanlah seoarang yang suka baking, tapi anda juga mampu menghasilkannya dirumah.

Melt cake leleh ini hanya perlu dikukus sahaja bahagian keknya. Coklat ganache pula akan dimasak menggunakan kaedah double boil. Dibiarkan sejuk dalam peti sebelum dicurah dibahagian atas kek kukus yang dikukus tadi.

Untuk mereka yang suka hidangan melt cake yang sejuk, anda perlu menyimpan melt cake yang sudah siap dikukus kedalam peti beberapa jam. Barulah kek akan sejuk dan sedap dimakan.

Resepi melt cake leleh ini telah dikongsikan dan dicuba oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Marliza Ismail. Yang mana beliau juga antara penggemar dan telah mencuba resepi azlina ina ini.

 

RESEPI MELT CAKE LELEH

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dalam resepi melt cake leleh ini. Sediakan bahan yang cukup barulah kek yang dihasilkan nanti tidak kurang sedapnya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kek kukus (bahan A) : 
  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak atau marjerin cair

 

Bahan B :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit garam halus

 

Bahan C :
  • 1/2 cawan air panas

 

Bahan untuk coklat ganache :
  • 500g milk chocolate
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 1 sudu besar marjerin

 

Bahan untuk topping cheese :
  • 250g cheese tatura
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan non-dairy whiping cream
  • 1/4 cawan susu segar

CARA PENYEDIAAN MELT CAKE LELEH :
Cara penyediaan kek kukus : 

▶️ Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan senduk atau whisk.

▶️ Kemudian, masukkan susu pekat dan marjerin.

▶️ Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.

▶️ Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung.

▶️ Masukkan adunan ke dalam bekas kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

 

Cara penyediaan coklat ganache :

▶️ Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.

▶️ Kacau sehingga likat dan smooth.

▶️ Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti bahagian biasa.

Cara penyediaan topping cheese :

▶️ Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.

▶️ Kemudian, masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.

▶️ Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.

▶️ Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.

▶️ Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing ye.

 

BAC JUGA: Resepi Creamy Butter Tuscan Salmon Yang Mudah Dan Sedap. Lagi Sedap Bila Dihidang Dengan Nasi Putih Panas-Panas!

 

Siap untuk dihidang! Biarkan sejuk seketika, kemudian boleh simpan dalam peti untuk dihidang sejuk-sejuk. Anak-anak juga tentu tak sabar memakannya. Seronok mereka bila dapat makan kek coklat sesedap ini.

Kepada mereka yang masih belum tahu, resepi yang dikongsikan oleh azlina ina semuanya sedap-sedap belaka. Rugi jika anda belum pernah mencuba salah satu daripada resepinya.

Sekali cedok, terus meleleh coklatnya. Anak-anak apa lagi, mestilah dah mencomotkan diri. Senang kata, sedap sampai menjilat jari lah resepi ni. Semoga resepi melt cake leleh ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open