Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Garlic Butter Cheese Prawn Yang Paling Sedap. Menu Express Guna Air Fryer!
Nak tak cuba satu menu express guna air fryer? Apa kata kita cuba resepi garlic butter cheese prawn untuk menu makan malam nanti. Lauk udang yang paling mudah dibuat dan hasilnya juga cukup menyelerakan.
Udang yang digunakan mestilah betul-betul fresh. Anda boleh mengggunakan apa saja jenis udang yang anda suka. Bahagian belakang udang akan di belah dan dicurahkan garlic butter cheese didalamnya sebelum dimasak.
Resepi ini tidak memerlukan bahan memasak yang renyah. Teksturnya pula nampak juicy bila dimasak dalam air fryer. Apa saja masakan yang menggunakan air fryer tentunya lebih sihat, kerana tidak menggunakan minyak sama sekali.
Rasa dan nikmat satu-satu makanan yang dimasak menggunakan air fryer tetap mengekalkan rasa yang sama. Selain itu, air fryer juga sangat practical. Sambil kita memasak, kita boleh melakukan kerja rumah yang lain. Mudahkan!
Resepi garlic butter cheese prawn ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Shai Anne Ahemed. Kalau dah bosan dan takde idea nak masak, bolehlah cuba resepi ni. Confirm anda suka!
RESEPI GARLIC BUTTER CEESE PRAWN
Sukatan resepi ini lebih kurang menggunakan 10 ekor udang yang bersaiz sederhana. Boleh dilebihkan sukatan ikut kuantiti udang yang digunakan. So, apa tunggu lagi, jom kita mula memasak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 10 ekor udang (belah bahagian belakang dan gaul dengan sedikit garam)
- 3/4 sudu garlic spread (beli yang dah siap)
- 1 sudu kecil butter
- 1 keping Cheddar Cheese
- Lada sulah
- Cili padi hijau/merah
- Sedikit perasa
CARA PENUYEDIAAN GARLIC BUTTER CHEESE PRAWN :
▶️ Cairkan butter dan garlic speard dalam kuali.
▶️ Tuang bahan yang dah siap masak tadi ke atas udang.
▶️ Letak sekali parutan cheese dan bakar dalam Air Fryer pada suhu 180C selama 10-15 minit.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Melt Cake Leleh Yang Sedap Sangat. Anak-Anak Pasti Berebut Nak Makan!
Sedapnya! Mudahkan nak masak lauk ni. Express betul! Cuma memerlukan beberapa step memasak sahaja. Yang suka cheese, boleh lebihkan ikut citarasa masing-masing. Tak sangka ada resepi simple untuk lauk sesedap ini.
Penggunaan cili merah dan cili hijau boleh dikawal ikut tahap kepedasan yang anda suka. Kalau suka pedas, anda boleh masukkan lebih. Anda juga boleh menggunakan pemanggang ajaib, jika anda tidak mempunyai air fryer dirumah.
Untuk penggunaan garlic spread, anda cuma perlu beli yang dah siap dikedai. Senang kerja memasak nanti. Semoga resepi garlic butter cheese prawn ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!