Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Creamy Butter Tuscan Salmon Yang Mudah Dan Sedap. Lagi Sedap Bila Dihidang Dengan Nasi Putih Panas-Panas!

0 215

Ada yang dah kering idea nak masak apa hari ni? Apa kata kita cuba resepi creamy butter tuscan salmon. Nampak cukup menyelerakan! Mungkin ramai yang tak pernah mencubanya, kerana hidangan ini menggunakan ikan salmon.

Sekali sekalai nak bertukar selera apa salahnya kan. Hidangan ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas. Ala-ala masak udang butter tapi digantikan dengan kepingan ikan salmon.

Hidangan ini juga antara menu yang paling mudah dibuat. Yang mana kepingan ikan salmon yang digunakan mulanya akan dipanggang diatas pan menggunakan minyak zaitun. Bila dah masak, barulah kita menyediakan kuah creamy butter.

Resepi creamy butter tuscan salmon ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zalina Zainal. Ramai juga penggemarnya. Sehinggakan beliau mendapat 4.1k share hasil perkongsian beliau di Facebook.

Ikan salmon juga mudah didapati dimana-dimana pasaraya. Yang mana, kebiasaannya ikan salmon akan dijual siap dibersihkan tanpa tulang. Harganya juga agak sedikit mahal dari ikan biasa. Tapi sekali sekala nak makan apa salahnya kan.

 

RESEPI CREAMY BUTTER TUSCAN SALMON 

Tak perlu membuang masa lagi, waktu pun terus berjalan. Apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara-cara penyediaan resepi istimewa ini. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kepingan Ikan Salmon
  • 1/2biji lemon
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun (untuk panggang ikan salmon)
  • 3 sudu mentega
  • 6 ulas bawang putih (diracik)
  • 1 ulas bawang merah (diracik)
  • 1 kotak cooking cream
  • 4 sudu keju parmesan
  • 20 keping daun bayam
  • 8 biji tomato cherry
  • Garam dan Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN CREAMY BUTTER TUSCAN SALMON :

▶️ Tabur lada hitam dan perah lemon di atas kepingan salmon. Perap dalam 2-3 minit.

▶️ Panaskan pan dengan minyak zaitun untuk panggang ikan salmon. Setelah masak, ketepikan.

▶️ Panaskan pan dengan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah yang diracik.

▶️ Kemudian, masukkan cooking cream diikuti dengan parmesan. Kalau nak kuah lebih, tambah air ye. Jangan banyak sangat, nanti cair pula. Agak agak je.

▶️ Perasakan dengan garam secukupnya.

▶️ Bila dah mendidih, masukkan bayam, tomato dan ikan salmon yg telah dah siap di grill tadi. Boleh hias dengan taburan daun rosemary atau parsley.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Cekodok Pisang Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam. Sekali Hidang Cepat Je Habis!

 

Tadaa! Bolehlah dihidang dengan nasi putih panas-panas. Sedap sangat tau! Bahagian kuahnya boleh dimasak pekat dan juga cair. Terpulang dari penggunaan air yang dimasukkan dalam penyediaan creamy butter tadi.

Tekstur kuahnya juga agak lemak berkrim disebabkan penggunaan cooking cream dan juga keju parmesan. Mereka yang suka dengan hidangan special ala-ala hotel macam ni, di alu-alukan mencubanya dirumah.

Pelbagai resepi yang menarik ada diblog ini. Search sahaja menu yang anda terasa nak makan. Pasti semuanya sedap-sedap belaka. Semoga resepi creamy butter tuscan salmon ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open