Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Seri Muka Jagung Manis Yang Memang Sedap. Perfect Sungguh Rasanya!

0 821

Kuih seri muka jagung manis merupakan kuih tradisional Melayu yang cukup disukai ramai. Pelbagai perisa yang ada dan masing-masing mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Kuih seri muka juga merupakan kuih talam yang mempunyai dua lapisan.

Lapisan bawah kuih seri muka umumnya menggunakan beras pulut. Dan berasa lemak bergaram. Manakala bahagian lapisan atas pula, biasanya diperisakan dengan pandan, gula merah, jagung, durian dan macam-macam lagi.

Kuih seri muka juga sering kita temui terjual digerai tepi jalan yang menjual kuih muih diwaktu pagi. Kebiasaannya, mereka yang bekerja akan membelinya dan dibawa bekalan ketempat kerja.

Selain dijadikan sarapan pagi, kuih ini juga boleh dijadikan kudapan minum petang bersama keluar. Bila ada kenduri kendara pula, pastinya kuih ini akan menjadi salah  menu kuih muih pilihan.

Resepi kuih seri muka jagung manis ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Anis Cheeszif HQ. Anda boleh memilih untuk menggunakan jagung manis dalam tin atau membeli jagung asli.

 

RESEPI KUIH SERI MUKA JAGUNG MANIS 

Kepada mereka yang dah biasa sangat buat seri muka daun pandan, apa kata kali ni cuba Resepi kuih seri muka jagung manis pula. Sedap sangat rasanya! Ala-ala puding jagung pun ada. Jom lihat bahan memasak yang diperlukan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan (1 kotak santan pekat + 1 kotak air)
  • Sedikit garam

 

Bahan B :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 cawan santan (1 kotak santan pekat + 1 kotak air)
  • 1/4 gula
  • 1 tin jagung manis
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN KUIH SERI MUKA JAGUNG MANIS :

▶️ Campurkan ke semua bahan A dan kukus selama 25 minit.

▶️ Setelah masak lembut beras pulut, mampatkan dan lalukan garpu di atas beras untuk memudahkan lapisan atas melekat.

▶️ Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung di dalam bekas.

▶️ Masukkan gula, santan, garam, jagung manis dan pewarna kuning. Kacau perlahan di atas api. Boleh masak sampai pekat, boleh juga masak sampai gula larut je.

▶️ Setelah itu tuangkan adunan di atas beras pulut yang sudah masak tadi dan kukus lagi selama 45-50 minit.

▶️ Sejukkan barulah potong.

 

BACA JUGA: Resepi Stim Ikan Gegerut Yang Paling Senang Nak Masak. Wow Sangat Hasilnya!

 

Siap untuk dihidang! Kuih seri muka ini sesuai untuk semua peringkat umur. Teksturnya yang lembut cukup disukai ramai. Lebih-lebih lagi mak ayah kita. Suka sangat mereka bila dapat minum petang dengan kuih seri muka dan kopi o panas.

Bahagian lapisan pulut mempunyai sedikit rasa lemak masin manakala bahagian atas pula lemak manis. Bila masuk kemulut terasa nikmat je! Perfect rasanya. Dua gabungan yang cukup enak.

Sekarang pun musim durian, nak buat seri muka durian pun syok juga. Tapi kena cuba resepi kuih seri muka jagung manis ni dulu. Semoga resepi kuih tradisional ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open