Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mayonnaise Chocolate Indulgence Yang Fudgy, Moist Dan Chocolatey. Yang Penting Mudah Nak Buat!
Korang yang sukakan chocolate cake yang fudgy, moist dan chocolatey wajib try resepi mayonnaise chocolate indulgence ni! Mudah sangat nak buat dan paling penting sedap. Sesuai untuk korang yang sibuk bekerja, tapi still nak buatkan dessert untuk anak-anak.
Kek ni juga sesuai dijadikan birthday cake party! Anak-anak kan memang suka benda manis. Kalau beli kat luar, belum tentu dapat yang macam ni. Kalau ada pun semua yang mahal-mahal. Buat sendiri lagi korang puas hati. Cukup gaul bahan dalam 1 bekas dan siap untuk dibakar. Mudahkan!
Kek ni tak perlukan butter atau apa-apa minyak. Cukup menggunakan mayonis sahaja. Memang tak nampak mayonis tu kat mana. Tapi, mayonis tu la yang buat kek ni jadi sedap, lembut dan moist. Memang berebut anak-anak makan kek ni tau.
Resepi mayonnaise chocolate indulgence ini telah di kongsikan oleh neorang pengguna Facebook iaitu Encik Danish Harraz. Untuk pengetahuan korang, beliau sangat suka berkosngsi resepi masakan di Facebook. Semuanya nampak menarik dan sedap-sedap belaka.
Nak buat kek ni juga ada tipsnya! Kalau nak tahu, korang kena follow resepi ni sampai habis. Rugi sangat kalau tak cuba. Sebab cara penyediaan kek ni semudah ABC. Boleh juga kalau nak buat untuk jamuan raya anak-anak di sekolah nanti. Mesti ramai yang suka.
RESEPI MAYONNAISE CHOCOLATE INDULGENCE
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek mayonnaise chocolate indulgence ni. Cream putih tu creamcheese frosting. Boleh juga jika mahu layerkan dengan chocolate frosting atau apa saja frosting kesukaan ye.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan Tepung Gandum
- 1/2 cawan Unsweetened Cocoa Powder
- 1 cawan Mayonis
- 1 1/4 cawan Gula Putih
- 3 biji telur Gred A
- 1 1/4 cawan Air Kopi (1 sudu teh Serbuk Kopi dilarutkan dgn 1 1/4 cawan air panas, sejukkan)
- 3/4 cawan Unsweetened Mini/Regular Chocolate Chips
- 1 1/4 suduteh Baking Soda
- 1/2 suduteh Baking Powder
- 1 suduteh Vanilla Extract
- Baking pan 9×9 – 2 biji atau bundt pan
Bahan untuk ganache glaze :
- 1 cawan Whipping Cream
- 1 cawan Semi-Sweet atau Milk atau Dark Chocolate Chips (boleh dicampur-campur ikut citarasa)
- 2 sudubesar Unsalted Butter
CARA PENYEDIAAN MAYONNAISE CHOCOLATE INDULGENCE :
▶️ Preheat oven pada suhu 160°C. Gris dan tepungkan baking pan, alas dengan baking paper, ketepikan.
▶️ Dalam mixing bowl, ayak bahan kering seperti tepung gandum, cocoa powder, baking soda dan baking powder.
▶️ Masukkan gula, mayonis, telur, air kopi dan vanilla. Kacau hingga semua sebati tapi jangan overmix.
▶️ Masukkan pula chocolate chips dan dikaup balik sekejap saja. Tuang dalam baking pan dan bakar selama 30 – 45 minit, terpulang pada suhu dan jenis oven, sehingga tiada cairan melekat pada toothpick kecuali cake crumb.
▶️ Sejukkan cake sepenuhnya sebelum dicoat dengan chocolate ganache.

Cara penyediaan ganache glaze :
▶️ Panaskan whipp cream dalam pot. Tutup api, alihkan pot dan tuang choc chips kedalam pot dan dikacau sekejap.
▶️ Tutup pot dan biarkan selama 5 minit. Kemudian, whisk ganache perlahan hingga semua chocolate cair dan smooth.
▶️ Masukkan butter dan whisk lagi perlahan supaya sebati. Biarkan ganache sejuk sebelum digunakan. Drizzle keatas cake, biarkan sekejap sebelum sedia dihidangkan.
▶️ Potong dan sedia untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Mee Kari Sempoi Yang Mudah Dan Sedap. Buat Hidangan Minum Petang Memang Best. Kuah Pun Tak Muak!
Wahhh! Sedapnya! Mayonnaise cake ni seriously akan lebih moist, lebih sedap selepas sehari disimpan. Simpan dalam bekas kedap udara didalam chiller. Hasil cake ni bergantung kepada kualiti bahan yang korang gunakan tau.
Untuk pengetahuna, resepi ni antara resepi yang confirm menjadi bila Encik Danish Harraz tapi kena pastikan sukatan yang betul, bahan masih dalam keadaan baik dan ikut cara-cara yang dikongsikan di atas. Fuh! Tengok gambar pun dah terliur nak makan.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Danish Harraz ekrana sudi berkongsi resepi mayonnaise chocolate indulgence yang fudgy, moist dan chocolatey ini di Facebook. Semoga Ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!