Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ayam Goreng Mamak Rangup. Anak-Anak Comfirm Suka!

Resepi ayam goreng mamak
0 5,933

Siapa je boleh tolak kalau dihidangkan dengan ayam goreng mamak ni. Rasa dia pedas, rangup memang cukup lah nak buat kita bertambah nasi. Nak-nak lagi, kalau makan dengan kuah kandarnya. Fuuh! Layanz tau.

Tapi perasan tak, kadang-kadang harga ayam kedai mamak ni memang agak mahal sikit. Kemungkinan sebab saiznya besar tak seperti ayam goreng biasa. Dan bahan yang digunakan untuk buat ayam goreng mamak ni pun banyak.

Seronok juga bila ada yang kongsikan macam mana cara dia buat ayam goreng mamak yang macam kedai punya. Lebih menarik, kakak kita sorang ni memang dia kongsikan resepi yang dia jual. Jarang kan ada peniaga yang nak bocorkan rahsia resepi yang sedap.

Sebab dia tahu, ramai yang boleh dapat manfaat bila ramai yang follow resepi yang dikongsikan ni. Cik Puan Eina Eryna Osman ni kongsikan resepi ni dai facebook group MAHN. Posting beliau tu dapat lebih 6 ribu share tau.

Jadi, kepada yang nak belajar cara buat ayam goreng mamak ni boleh follow resepi yang disharekan oleh beliau ni ye. Saya kongsikan dekat bawah ni supaya mudah korang nak ikut.

 

RESEPI AYAM GORENG MAMAK

Resepi ni kalau ada yang nak buat berniaga boleh, nak buat untuk makan sendiri pun boleh. Sudah pasti korang akan suka sebab dapat hasilkan ayam goreng yang rangup dan sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 ekor ayam (potong 8)
  • 6 sudu besae tepung bistari spicy
  • 8 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 1 genggam daun kari
  • Sedikit pewarna merah @ sirap ros
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil ajinomoto
  • 1 cubit gula

 

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG MAMAK :

▶ Mula-mula sekali basuh bersih ayam.  Kemudian masukkan dalam bekas.

▶ Kemudian, masukkan semua bahan-bahan di atas bersama ayam.

▶ Gaulkan dan perap sekejap lebih kurang 30 minit dalam peti sejuk

▶ Lagi lama perap lagi sedap.

▶ Seterusnya, panaskan api yang banyak. Jangan terlalu sedikit tau.

▶ Minyak dah panas, boleh gorengkan ayam sampai masak.

▶ Gunakan api yang sederhana besar. Balik-balikkan supaya ayam masak sempurna.

Lepas ni bila dah tahu resepi ayam goreng mamak ni bolehlah buat selalu. Kalau anak-anak suka makan, buat hari-hari pun boleh.

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Lapis Keladi. Warna Menarik Dengan Rasa Sedap!

Tapi kalau tak nak pedas sangat boleh gantikan tepung bestari tu kepada perasa original. Tak lah pedas sangat kan.

Untuk yang ada buat bisnes makanan dan ada lauk ayam goreng, boleh pelbagaikan dengan tambah menu ayam goreng mamak ni dalam pilihan. Selamat mencuba ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open