Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Orang Terengganu Panggil Kuih Tok Aji Serban. Wajib Try Resepi ni. Memang Sedap Sangat!

0 1,223

Korang pernah dengar tak kuih tok aji serban? Saya pun tak sure kenapa kuih ni di panggil macam tu. Tapi rasanya sedap tau! Di bahagian bawahnya menggunakan pulut, atasnya pula menggunakan adunan gula Melaka.  Kuih tok aji serban ni juga popular kat Terengganu. Especially kat pasar Payang.

Nama lain kuih ni juga di kenali sebagai pulut sekaya. Orang Terengganu je yang panggil kuih ni tok aji serban. Unik sangat! Kuih ni korang boleh jumpa banyak kat warung-warung tepi jalan di Terengganu. Biasanya akan di jadikan hidangan minum pagi. Țapi korang nak buat untuk minum petang pun boleh.

Kesedapan kuih ni bergantung kepada bahan yang di gunakan. Kuih tok aji serban ni tidak menggunakan tepung. Bahan utama untuk bahagian atasnya adalah menggunakan santan dan juga telur. Tapi ada juga yang cuba buat kuih ni dengan campuran tepung dan menggurangkan kuantiti telur.

Rasanya akan berbeza dari resepi asli kuih traditional ni. Macam mana nak tahu kuih ni sedap ke tak? Korang tengok je permukaan atas kuih. Kalau ada banyak kedutan dan nampak bersinar, maka cukuplah penggunaan telur dalam adunannya. Rasanya juga sedap.

Kuih tok aji serban ni juga boleh dikatakan jiran kuih seri muka. Cuma berbeza dibahagian atasnya sahaja. Kalau nak cuba resepi ni di rumah, korang boleh follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Ariana Sofia Ahmad ni. Semua resepi beliau sedap-sedap belaka tau. Korang kena cuba!

 

RESEPI TOK AJI SERBAN

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih tok aji serban kita ni. Bolehlah korang buat untuk hidangan minum petang dengan keluarga nanti. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan pekat
  • 3/4 sudu besar garam
  • 3 helai daun pandan disimpul
  • 8 biji telur gred B
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 1/2 keping gula melaka
  • 3/4 cawan air biasa
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1sk esen vanila
  • 3 helai daun pandan disimpul

P/S – Resepi ni boleh sukat guna cawan kopi. Guna cawan yang sama untuk sukat adunan.

CARA PENYEDIAAN RESEPI TOK AJI SERBAN :

▶️ Mula-mula buat air gula Melaka dulu sebab nanti bila air gula dah masak, kena sejukkan dulu sebelum campur dengan telur.

▶️ Dalam periuk masukkan gula Melaka, air dan daun pandan.

▶️ Masak sehingga gula Melaka cair. Dah siap ketepikan sehingga sejuk.

▶️ Untuk bahagian bawah atau pulut, korang kena rendam dulu beras pulut yang dah dibasuh selama 1 atau 3 jam. Rendam supaya pulut mengembang dan lembut. Air rendaman paras pulut.

▶️ Sementara rendam pulut. Buat adunan santan pulak. Santan pekat tambah dengan 3/4 sudu besar garam. Kacau bagi sebati.

▶️ Sebelum kukus pulut, lapik plastik dalam loyang supaya bila pulut dah masak senang nak angkat. Air rendaman pulut tu toskan dulu sebelum masuk dalam loyang.

▶️ Lepas tu masukkan santan yang kita dah siap kacau tadi. Kukus pulut selama 25 minit.

▶️ Bila pulut dah masak, masukkan dalam loyang lain size 9″ dan tekan dengan tangan supaya pulut jadi rapat. Pastikan loyang dah dilapik dengan plastik.

▶️ Lepas tu, cucuk kat sekeliling pulut dan bahagian tengah dengan sudu garfu. Bila dah ada lubang, bahagian atas sekaya nanti tak mudah tercabut atau melekat dengan pulut.

▶️ Sekarang buat adunan untuk sekaya pulak. Masukkan telur dan esen vanila dalam bekas. Pukul sehingga sebati. Whish hand sahaja.

▶️ Dah sebati, masukkan air gula Melaka yang dah disejukkan tadi. Kacau sebati.

▶️ Lepas tu masukkan santan dan kacau sebati.

▶️ Masukkan sekali garam dan gula. Jika adunan dah manis tak perlu tambah gula. Gula Melaka manisnya tak sama. Rasa dulu sebelum tambah gula biasa. Kacau sebati.

▶️ Tuangkan adunan sekaya tadi atas pulut. Tapis adunan supaya habuk dalam gula Melaka tak masuk.

▶️ Sebelum kukus, wrap dulu loyang supaya air kukusan tak jatuh atas adunan.

▶️ Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga masak. Kalau bahagian tengah tak bergoyang maknanya dah masak.

▶️ Ni lah rupa tok aji serban bila dah siap masak.

 

BACA JUGA : Resepi Tumis Ayam Serai Yang Simple, Mudah Dan Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

 

Siap! Pastikan kuih dah sejuk dulu barulah potong. Kalau tak bahagian atas jadi hancur dan lembik. Dah siap potong bolehlah ngappp. Ni rupa bila dah siap masak. Pulut kalau tekan rapat memang cantik elok je bahagian dalamnya nanti.

Kuih ni juga sesuai korang hidangkan buat tetamu yang datang ke rumah atau bila ada majlis kenduri kendara. Atasnya yang manis memang sedap bila di suaikan dengan rasa pulut yang sedikit masin di bahagian bawah. Mesti laju je habis nanti.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Ariana Sofia Ahmad kerana sudi berkongsi resepi kuih tok aji serban atau juga di kenali sebagai kuih pulut sekaya ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open