Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Tumis Ayam Serai Yang Simple, Mudah Dan Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

0 1,277

Korang pernah try tak masak lauk tumis ayam serai? Sedap tau! Cara penyediaannya pun sangatlah mudah. Yang penting tak menggunakan bahan memasak yang banyak dan renyah. Jom follow resepi tumis ayam serai kat sini. Sekali korang cuba, pasti nak lagi!

Lauk ni sesuai di jadikan lauk makan tengahari atau malam. Di hidangan dengan telur dadar, sayur dan nasi putih panas-panas boleh terangkat di buatnya! Lauk ni juga boleh di pedaskan ikut cita rasa masing-masing. Korang nak pedas, korang letak je cili lebih. Tak nak pun, korang boleh kurangkan.

Resepi ni memang kena pedas, barulah sedap nak makan nanti. Korang boleh tengok cara masak yang ada kat dalam gambar. Cili padi tu kalau nak sedap, korang kisar guna chopper je. So, tak terlalu hancur. Kalau tumbuk lagi pedas kan. Ha, boleh copper je mudah. Jiran pun tak dengar korang ketuk batu lesung.

Macam mana nak masak tumis ayam serai ni? Senang je! Korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Noratiqah Nordin ni. Confirm menjadi! Tapi korang boleh juga adjust nak berkuah ke tak. Kalau nak berkuah korang letar je air nanti. Jangan banjir sangat pula ye.

Nak masak tumis serai ni, korang hanya perlu ketuk serai. Bukan nak bagi hancur sekali. Ketuk untuk keluarkan bau wangi serai tu je. Masa nak masak nanti, memamg bau wangi satu rumah. Kalau pedas, sampai bersin di buatnya!

 

RESEPI TUMIS AYAM SERAI

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang di perlukan dan bagaimana step by step cara masak tumis ayam serai ni. Kalau bahan memasak dah lengkap, bolehlah korang terus buat nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Cili padi ikut kuantiti kepedasan yang nak
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai di ketuk
  • 2 helai daun limau
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 ekor ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit saja
  • Air sedikit (nak letak boleh , tak nak letak pun boleh)

CARA PENYEDIAAN TUMIS AYAM SERAI : 

▶️ Blend bahan guna chopper atau guna blender. Nak tumbuk pun boleh, takde hal. Dan ini halus kejadiannya.

▶️ Goreng ayam separuh masak. Jangan garing. Nanti ayam keras.

▶️ Pakai minyak yang sama. Buang minyak lebih. Tumis bahan yang kita blend tadi.

▶️ Masukkan serai yang dah di ketuk. Kemudian, masukkan daun limau.

▶️ Masukkan ayam yang kita goreng separuh tadi.

▶️ Masukkan pula sos tiram dan garam secukupnya. Letak sedikit gula nak bagi rasa sebati.

▶️ Nak berkuah. Letaklah sikit air. Tak nak letak pun takpe.

▶️ Siap! Boleh makan dengan nasi dan telur dadar.

 

BACA JUGA : Resepi Puding Roti Marble Guna Sukatan Cawan. Cantik Dan Sedap Sangat Kejadiannya. Wajib Try!

 

Siap untuk di hidang! Korang yang duduk bujang tu dah boleh try masak lauk ni. Bagi pedas sikit, barulah syok nak makan. Duduk sorang bolehlah bagi pedas kan. Kalau ada anak-anak kena control pedas tu, tak pun kena masak lauk lain pula.

Untuk pengetahuan korang, Cik Puan Noratiqah Nordin ni memang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Korang boleh tengok setiap resepi yang beliau share, akan ada link resepi yang lain sebelum ni beliau buat. Senang korang nak memilih nanti. 

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi tumis ayam serai yang simple, mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open