Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Roti Garlic Bread Yang Simple. Resepi Paling Mudah Guna Bahan-Bahan Ni Je.
Ada roti lebih dah nak expired? Jangan tunggu lagi. Terus mula buat garlic bread ni. Tak susah dan bagus untuk kesihatan. Tahu-tahu je habis licin satu pinggan makan waktu masih panas dan rangup.
Kalau sebelum ni makan garlic bread ni kedai pizza. Sambil cicah dengan sup cendawan sudah pasti makan tak pandang orang sebelah. Tapi walau sedap macam mana pun garlic bread ni, akan ada yang tidak suka dengan baunya.
Tidak dinafikan bau bawang putih memang agak kuat terutama bila roti tersebut mula dibakar. Bagi saya waktu ni memang bau yang paling sedap tau. Anak-anak pun akan mula ready ambik pinggan masing-masing.
Perkongsian resepi daripada pemilik facebook Cik Puan Aya Zuki ni memang menjadi kalau dibuat dengan betul ikut step by step yang dikongsikan. Yang mana tak pernah cuba, wajib buat sekali dua.
Garlic bread ni bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan malah ianya sangat boleh dibuat makan hidangan minum petang. Hidangkan pula dengan milo atau teh o panas.
RESEPI GARLIC BREAD
Perkongsian kali ni kita hanya gunakan roti gardenia biasa sahaja. Tidaklah seperti garlic bread seperti di kedai pizza yang popular tu. Gunakan apa sahaja yang ada, terutama yang dekat dengan Tarikh luput.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Roti gardenia ( potong Panjang-panjang)
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit parsley flake
- Sudu kecil Unsalted butter / mentega tanpa garam
CARA PENYEDIAAN GARLIC BREAD :
▶ Mula-mula sekali, tumbuk bawang putih sampai lumat
▶ Panaskan kuali, cairkan mentega dan tumis bawang putih sampai sedikit garing.
▶ Kemudian, masukkan tumisan bawang putih tadi dengan mentega. Mentega ni bergantung kepada jumlah roti yang kita guna.
▶ Gaul kedua bahan ni sampai sekata. Seterusnya, masukkan sedikit daun parsley. Gaul lagi sebati.
▶ Ambil roti, sapukan marjerin tadi pada roti. Buat pada semua roti yang ada.
▶ Panaskan oven. Bakar roti dengan suhu 160’c selama 5 minit atau roti nampak keperangan. Boleh juga bakar menggunakan pemanggang ajaib.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Masakan Paling Simple Tapi Paling Cepat Habis!
Perghh! Bayangkan kita dapat makan roti bawang putih atau garlic bread ni dengan banyak tanpa perlu fikirkan harga. Hehe. Mesti rasa macam satu kepuasan kan. Terutama kalau kita memang gemarkannya.
Seronok kan bila dah tahu dan belajar sesuatu resepi yang baru. Nak-nak lagi kalau apa yang kita buat tu, ramai yang suka. Bolehlah buat selalu bila ada roti nanti.
Simpan dulu resepi ini supaya boleh buat nanti. Saya harap sangat perkongsian begini boleh membantu lebih ramai lagi yang memerlukan dan belajar buat resepi garlic bread ni. Saya ucapkan selamat mencuba!