Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Rambutan Asam Boi Yang Simple Dan Sedap. Confirm Meleleh Air Liur!

0 640

Musim buah dah tiba! Lepas musim buah mangga, datang pula musim buah durian. Buah rambutan pun dah musim sekarang ni. Kat tepi jalan tu ramai yang jual. Apa kata kita buat rambutan asam boi. Ala-ala jeruk yang enak dimakan sejuk-sejuk.

Mungkin tak ramai lagi yang cuba resepi ni. Tapi, musim buah sekarang ni, dah boleh ambil buah rambutan kat belakang rumah tu dan cuba buat resepi ni. Confirm jatuh hati! Bukan je manis buah rambutan tu, masam dan pedas pun ada.

Kebiasaanya, resepi ini digunakan untuk buat jeruk mangga. Mangga yang tak masak sangat. Tapi kali ni kita buat resepi ni menggunakan buah rambutan pula. Kalau nak cuba kat buah lain pun boleh. Apa salahnya.

Yang suka makan buah macam makan jeruk, sesuai sangat mencuba resepi ini. Nak buatnya pun tak perlu masak, tak perlu duduk lama didapur. Dah siap campur semua bahan, tunggu je rambutan asam boi ini sejuk dalam peti. Barulah sedap dimakan.

Orang kata makan asam-asam ni mengandung ke? Tak semestinya. Ramai je penggemar buah yang makan buah dengan cara begini. Jadi, apa tunggu lagi. Jom follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ani Zam ini.

 

RESEPI RAMBUTAN ASAM BOI

Sekali pandang gambar yang beliau kongsikan di Facebook, boleh meleleh air liur dibuatnya. Bahan yang digunakan pun tak banyak dan tak renyah. Yang penting, lagi lama simpan rambutan asam boi ni dalam peti, lagi sedap jadinya!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Buah rambutan
  • Asam boi
  • Serbuk asam boi
  • Limau kasturi
  • Cili padi
  • Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN RAMBUTAN ASAM BOI :

▶️ Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.

▶️ Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.

▶️ Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul bagi mesra.

▶️ Buang biji limau kasturi. Kemudian, perahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan. Gaul sebati.

▶️ Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1 atau 2 jam.

▶️ Keluarkan dan sedia untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Japchae Korea Glass Noodle Yang Halal. Lain Macam Sedapnya, Rugi Tak Cuba!

 

Siap untuk dimakan! Terkelip-kelip mata makan rambutan asam boi ni. Yang duduk kampung lagi seronok. Pegi je kebun, pegi je belakang rumah dah dapat buah rambutan. Siap boleh makan kat atas pokok lagi!

Rasa rindu pula nak balik kampung. Tapi apakan daya, kita kenalah ikut apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Mungkin ini yang terbaik untuk kita semua dalam membantu frontliner menangani penularan covid-19.

Yang duduk bandar dan nak cuba resepi ni. Bolehlah beli buah rambutan. Sebelum balik kerja boleh singgah kejap beli buah. Sekali add on buah durian. Seronok juga. Semoga resepi rambutan asam boi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open