Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kari Sardin Tin Dan Kentang. Bosan Rasa Yang Sama, Jom Tukar Cara Masak Yang Lain Pulak!
Yang suka makan sardin, korang boleh ubah suai cara masak sardin korang dengan cara ni. Memang sedap! Makan dengan roti prata atau roti canai pun sedap giler! Jom follow resepi kari sardin tin dan kentang di sini. Sekali cuba, confirm korang nak lagi!
Guna ikan sardin instant je. Lagi senang! Brand apa pun tak kasah, janji yang korang biasa makan. Sardin ni korang akan masak dengan campuran serbuk kari. Bosan juga makan kari ayam dan kari daging kan. Kali ni kalau nak makan roti prata atau roti canai, boleh makan dengan kari ikan sardin pula.
Mudah je nak masak lauk ni. Sesuai juga di jadikan hidangan makan tengahari atau makan malam. Korang makan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar pun dah cukup. Yang masih belajar, tapi selalu beli sardin ni untuk masak kat hostel, jom ubah suai masak kari ni.
Resepi kari sardin tin dan kentang ini telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Dan untuk pengetahuan korang, ada macam-macam lagi resepi yang beliau kongsikan di Facebook dan sentiasa menjadi perhatian ramai.
Macam biasa, kari orang Melayu ni memang kena ada santan. So, di galakkan untuk korang guna santan fresh! Santan kotak ni bukan tak sedap, tapi lagi best masak guna santan fresh. Rasanya lain macam sikit. Jom try masak lauk simple ni. Mudah, cepat dan sedap!
RESEPI KARI SARDIN TIN DAN KENTANG
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang di perlukan dalam penyediaan kari sardin tin kita ni. Sukatan 1 tin setengah sardin adalah bersamaan 1 biji kentang. Sebiji kentang pun dah cukup nak campur dalam kari ni okey.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1½ sardin tin (ambil ikannya sahaja)
- 1 biji bawang besar dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 2 batang cili hijau
- 1 batang cili merah
- Tomato (dibelah)
- Daun Kari 2 tangkai
- Santan fresh 200ml (tambahan)
- Air putih 100ml
- 1 biji kentang
- Serbuk Kari 3 sudu besar (dijadikan paste)
- Garam
- Serbuk perasa (jika mahu)
- Minyak masak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN KARI SARSIN TIN DAN KENTANG :
▶️ Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar.
▶️ Kemudian, masukkan daun kari, masak sehingga naik bau dan keperangan.
▶️ Masukkan paste kari dan guna api perlahan. Tumis sehingga pecah minyak dan rempah masak dengan sempurna.
▶️ Masukkan kentang, masak sehingga sedikit lembut.
▶️ Kemudian, masukkan santan. Biarkan ianya masak sebentar.
▶️ Akhir sekali, masukkan ikan sardin, cili hidup, dan tomato. Biarkan ianya masak sebentar.
▶️ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika mahu.
▶️ Siap dihidang!
BACA JUGA : Resepi Mayonnaise Chocolate Indulgence Yang Fudgy, Moist Dan Chocolatey. Yang Penting Mudah Nak Buat!
Mudah je kan! Wah, bertukar rasa kali ni ye. Dah bosan makan sardin tin tumis ke? Tak rugi korang cuba lauk ni. Memang sedap! Bahan memasak yang di gunakan pun tak renyah. Rata-rata dah ada kat dapur masing-masing.
Saya memang suka dengan resepi-resepi yang Cik Puan Nurul Ateekah kongsikan. Jelas dan mudah di faham. Korang yang baru belajar nak masak, boleh usha macam-macam resepi kat Facebook beliau.
Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kari sardin tin dan kentang yang simple ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!