Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Pisang Paling Simple dan Sedap! Guna Blender Jer

0 4,504

Sedapnya dapat makan kek pisang waktu petang. Sambil menonton televisyen ke, teman anak-anak main dekat laman ke. Boleh lah hidang bersama teh o nipis panas-panas.

Biasanya kalau nak makan kek pisang ni, memang selalu beli je dekat kedai-kedai kek atau pasaraya. Senang sebab dah tersedia. Tapi alang-alang pisang ada tu, apa kata follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Intan Zalifah Zolkiply ni.

Nampak sedap dengan coklat beryl’s yang digunakan. Risau tak sempat tunggu petang, anak-anak dah menanti nak makan kek pisang ni.

RESEPI KEK PISANG

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek pisang ini adalah :

  • 3 Biji Pisang Berangan (atau) 1 cawan pisang yang sudah dilenyek. Boleh guna 2-3 biji mengikut saiz pisang. Jika pisang emas dalam 7-8 biji
  • ¾ Cawan Gula Kastor ( Jika tiada, blend gula pasir)
  • 4 Biji telur Gred A
  • 1 Cawan Minyak Jagung ( Jika tiada, boleh guna minyak masak )
  • 1 Sudu Nesar Perahan Lemon ( atau Limau Nipis atau Limau Kasturi)
  • Secubit Garam

 

Bahan Ayak

  • 1 ½ Cawan tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Baking Soda
  • 1 Sudu Kecik Baking Powder ( Jika ada Double Action Baking Powder lebih baik)

 

Hiasan

  • Hirisan pisang (potong nipis-nipis, jika tebal risau pisang akan tenggelam)

 

AVvXsEhL0kqyMQi7Wvg2RdzrnkW_2h_EbbDuuRHy3Nk5h8xSQMvb5EtgTXFo7sNY-SxvMKMv-hNQyZLHC2Ouo9mA8whm79XDRTVMsAsKI9mdnzawfRdVCP91W9uwIUPR_WtklKB_o5K6fLN9R5qz7Q0nsJGrrJRBb5utozhvP1xYBKIGE-4RNP6uGHv9HAMd=w480-h640 (480×640)

CARA PENYEDIAAN KEK PISANG :

▶ Lenyek pisang dan masukkan perahan lemon. Gaul sekata.

▶ Mula-mula sekali, satukan minyak, telur, gula, dan garam ke dalam blender. Kisar sehingga sebati atau anggaran 5 hingga 6 minit.

▶ Kemudian, masukkan pisang yang dilenyek tadi dan kisar sekejap sahaja. Anggaran dalam 40 hingga 50 saat sahaja.

▶ Ayak bahan-bahan ayak ke dalam sebuah bekas.

▶ Tuang bahan kisar tadi dan kacau sebati semua adunan.

BACA JUGA: Resepi Pizza Homemade Yang Marvelous! Mewah dan Boleh jual

▶ Sementara itu, boleh lah panaskan oven selama 10 minit dengan suhu kepanasan 170 darjah Celsius.

▶ Oles Loyang dengan marjerin atau minyak.

▶ Jika nak kek yang tebal, gunakan Loyang bersaia 8 x 8. Tetapi sekiranya nak kek yang tidak terlalu tebal, boleh gunakan Loyang bersaiz 10 x 10.

▶ Jangan lupa letak baking paper dahulu sebelum tuang adunan ke dalam Loyang.

▶ Letak kan hirisan pisang sebagai hiasan.

▶ Bakar selama 50 minit atau sehingga masak. Boleh juga dikukus dengan tempoh masa 1 jam.

Bila dah siap, boleh lah keluarkan kek pisang dari oven. Potong dengan berhati-hati supaya kek tidak hancur. Tunggu sedikit suam sebelum dipotong.

Boleh terus makan dan hidangkan bersama keluarga.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open