Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pizza Homemade Yang Marvelous! Mewah dan Boleh jual
Bila waktu malam tak semua orang suka makan nasi. Ada yang suka makan yang lebih ringan seperti bihun sup, mee goreng, atau pun pizza pun sedap!
Dapat buat pizza sendiri memang seronok. Jadi mudah bila nak makan boleh terus mula buat.
Itulah yang berlaku oleh kebanyakan ibu-ibu. Puan Iedaa Jahaya ini sudi kongsikan resepi Pizza Homemade yang mudah dan sedap!
Menariknya, beliau merupakan penjual pizza homemade ini dan berjaya meraih pendapatan dengan hanya berniaga di rumah.
Semoga rezeki beliau melimpah ruah kerana sudi kongsikan kepada kita semua resepi yang digunakan beliau.
Resepi Pizza Homemade
DOH PIZZA
- 3 cawan tepung highprotein
- 1 biji telur
- 2 sudu besar marjerin
- Setengah paket yis
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil gula kastor
- ½ cawan air suam. Tak cukup nanti boleh tambah
- ½ sudu kecil bread softener (jika ada, jika tiada boleh abaikan ye)
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN :
▶ Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker (BM).
▶ Biarkan breadmaker jalankan tugas menguli.
▶ Sesekali buka dan pastikan air. Sekiranya kurang, tambah sikit demi sikit.
▶ Perap sehingga doh naik kembang
▶ Bila doh dah kembang, keluarkan dari breadmaker.
▶ Uli secara memanjang. Dan pot0ng ikut besar mana kita nak canai. Jika nak pizza nipis, ambil sedikit sahaja. Jika nak pizza kita tebal, ambil lebih sedikit.
▶ Kemudian, canaikan dalam loyang pizza.
Sebelum letakkan topping, boleh cucuk dulu tepung dengan menggunakan garfu.
BACA JUGA: Cara Buat Kuih Talam Pisang, Unik Tapi Sedap. Resepi Wajib Cuba!
▶ Kemudian boleh letakkan topping mengikut kesukaan kita.
▶ Panaskan oven 180 darjah Celsius
▶ Akhir sekali bakar selama 30 minit.
Dah siap boleh hidangkan waktu panas-panas. Dapat makan dengan cheese tarik-tarik.
Senang je rupanya nak buat pizza homemade ni. Nak-nak lagi kalau kita ada breadmaker. Kerja jadi mudah dan pantas.
Bagi yang tiada, akan ambil masa sikit ketika nak uli doh. Tapi insyaAllah hasilnya juga akan sedap seperti yang dikongsikan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita yang tercari-cari dan keliru nak masak apa untuk makan malam. Oh ya! Sesuai juga dihidangkan kepada tetamu tau.