Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Pelbagai Resepi Sambal Padu Berapi Yang Wajib Korang Cuba. Sedap Dan Terangkat!
Tak rock lah kan kalau tak makan pedas. Dapat makan sambal dengan nasi panas-panas memang sedap. Tak terkata lah kesedapan dia, ditambah pula makan ayam goreng!
Yang gemar makan pedas, saya suggest buat sambal-sambal ni simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, panaskan aje atau rendam dengan air panas. Simple!
Jangan risau sebab resepi sambal yang saya kongsikan ni, senang je semuanya. Bila buat banyak jimat masa dan jimat tenaga.
SAMBAL TOMATO
Walaupun nama dia sambal tomato, tapi rasa pedas dia boleh terangkat kening kita. Jangan lupa makan dengan nasi panas, buat cicah dengan ayam atau ikan goreng rangup.
Nak buat dia senang, sebab bahan-bahan yang digunakan semua yang ada di dapur kita. Cuma ade beberapa jenis cili yang digunakan.
RESEPI SAMBAL TOMATO
Bahan A:
- 7 Cili Padi Kampung (Hijau)
- 7 Cili Padi Akar (Hijau)
- 5 Cili Padi Kampung (Merah)
- 5 Cili Padi Akar (Merah)
- 1 Biji Tomato merah
Bahan B :
- Garam
- Gula pasir (Gula merah pun boleh)
- 2 sudu makan jus limau (Kasturi / nipis)
CARA PENYEDIAAN SAMBAL TOMATO :
▶ Tumis bahan A hingga cukup layu.
▶ Ulek bahan A, tambahkan garam dan gula, secukup rasa (jika ada).
▶ Jika rasa sudah okay, tambahkan masukkan jus limau (masukkan 1 sudu dulu, rasa. Jika masih kurang baru tambah lagi 1 sudu jus limau)
NOTA : Kepada yang suka bawang merah, boleh tambah bawang merah dalam 5 biji. Jika tidak suka, boleh abaikan.
** Ulek (giling). Jika tiada penggiling, boleh gunakan dengan cara tumbuk dengan lesung batu atau blend sahaja.
SAMBAL BAJAK
Mula-mula terfikir juga kenapa dinamakan sambal ini sambal bajak. Asal usul sambal bajak ini adalah daripada Negara jiran kita iaitu Indonesia.
Sambal ini merupakan sambal yang dihidangkan oleh ibu nenek moyang pada zaman dahulu kepada suami yang sedang membajak. Sambal ini rasanya tidak terlalu pedas kerana bimbang menggangu suami yang akan bekerja.
Unik kan? Namun tahap kepedasan boleh diubah untuk mengikut yang kita suka. Jom kia tengok.
RESEPI SAMBAL BAJAK
Bahan-bahan yang digunakan :
- Segenggam cili padi
- 8 cabai merah
- 5 ulas bwg putih
- Garam secukupnya
- Minyak panas secukupnya (anggaran 3-4 sudu)
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BAJAK
▶ Goreng cili dan bawang . Pastikan goreng sebentar sahaja
▶ Kemudian giling kasar. Masukkan sedikit garam.
▶ Akhir sekali, siram dengan minyak goreng panas… Done
Kredit Resepi: gohana_navra
SAMBEL TERI / BILIS
Teri adalah ikan bilis dalam Bahasa Indonesia. Rata-rata kita tahu sambal sebegini resepi aslinya dari negara seberang. Bila dah sampai ke Malaysia, kadang-kadang diubah sedikit menggunakan bahan yang ada dan mudah untuk kita perolehi.
Namun, apa yang penting rasa sambal ini sangat sedap dengan gigitan ikan bilis rangup. Fuuh! Pedas, masin semua akan bercampur dengan nasi putih panas yang kita makan. Sedap!
RESEPI SAMBAL TERI / BILIS
Bahan-bahan yang digunakan :
- 5 cili merah
- 5 cili padi merah
- Segenggam cili padi hijau
- 1 tomato merah bersaiz besar
- 1 sudu kecil belacan ( digoreng sekejap)
- 3 sudu makan ikan bilis goreng
- 1 biji buah limau
- 1 sudu makan gula pasir
- garam
CARA PENYEDIAAN SAMBAL TERI/ BILIS
▶ Goreng sekejap semua cili dengan tomato
▶ Potong-potong sedikit dan giling atau tumbuk. Untuk lebih mudah boleh je kisar bahan-bahan tersebut.
▶ Masukkan garam, dan gula serta titiskan jus limau.
▶ Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng
▶ Siap dan sedia dihidang.
Kredit Resepi: aras_galeri
SAMBAL BELACAN PEDAS MANTAP
Sambal belacan macam sambal wajib kan bagi kita orang Melayu. Barulah nama dia orang kampung kan.. Makan dengan sayur ulaman sedapnya lahai.
Bagi saya, sambal belacan ni sambal paling senang nak buat. Sebab campurkan je semua bahan, dan siap dihidang.
RESEPI SAMBAL BELACAN
Bahan-bahan yang digunakan:
- 5 biji cili padi kampung (merah)
- 8 biji cili padi akar (merah)
- 8 biji cili padi kampung (hijau)
- 5 biji bawang merah (kecil)
- 1 biji tomato bersaiz sederhana
- Sedikit belacan
- Sedikit gula putih/ gula merah
- Sedikit serbuk cukup rasa
- Secukupnya minyak goreng .
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BELACAN
▶ Tumis bawang merah, semua cili dan juga tomato
▶ Tunggu hingga layu lalu angkat .
▶ Tumbuk semua bahan2 yang telah ditumis sehingga hancur kasar.
▶ Kemudian, masukkan belacan, gula dan serbuk cukup rasa .
▶ Panaskan minyak lalu tuang ke bahan sambal yg sudah di tumbuk tadi . masak sehingga sedikit garing.
▶ Siap dan boleh dihidang.
Kredit Resepi : By @whitecancan
SAMBAL HIJAU PADANG
Waah! Tengok pada rupanya pun dah tak sabar rasa nak makan dengan nasi panas-panas. Sambal hijau ni memang rasa dia sedap. Tahap kepedasan dia lebih tinggi berbanding cili merah.
Hati-hati bila makan sambal hijau ini. Pastikan ianya dimasak dengan betul kerana bimbang boleh menyebabkan sakit perut.
RESEPI SAMBAL HIJAU PADANG
Bahan-bahan yang digunakan :
- 15 biji cili padi akar (hijau)
- 10 biji cili padi kampung (hijau)
- 6 biji cili hijau besar
- 2 biji tomato hijau bersazi sederhana
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil gula pasir
- ½ sudu kecil penyedap rasa (jika ada)
- Secukupnya minyak masak
CARA PENYEDIAAN SAMBAL HIJAU PADANG :
▶ Siapkan periuk untuk merebus .
▶ Rebus semua cili, bawang merah, bawang putih dan tomato hingga masak , angkat dan ketepikan.
▶ Kisar / tumbuk halus semua bahan sambal yg sudah di rebus, tambahkan. Garam, gula dan penyedap rasa, (Jika ada yang suka sambal tu cili kasar, boleh kisar atau tumbur kasar sahaja)
▶ Siapkan kuali , masukkan sedikit minyak untu menumis
▶ Tumis sambal yg sudah ditumbuk hingga naik bau , angkat dan sajikan di mangkuk.
▶ Sambal hijau siap di hidangkan dengan nasi panas dan lauk tambahan yang lain .
Kredit Resepi : monii_recipe .
SAMBAL KOBIS GORENG
Ini adalah cubaa pertama kali untuk makan makanan daripada Indonesia ini. Sambal kobis goreng atau dalam Bahasa mereka, Sambel Kol Goreng.
Bagi penggemar sayur kobis dan sambal, pastinya terliur dapat makan sayur kesukaan dengan sambal pilihan. Jom kita tengok cara pembuatannya.
RESEPI KOBIS GORENG
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 piring kobis yang sudah dipotong
- 25 biji cili merah besar
- 10 biji cili padi
- 3 biji Bawang Merah
- 2 ulas Bawang Putih
- 1/3 Tomato
- Sedikit belacan
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu makan Gula Pasir
- Secukupnya Penyedap Rasa
CARA PENYEDIAAN SAMBAL KOBIS GORENG :
▶ Kobis digoreng dan diangkat setelah layu. Kalau ingin ada rasa crunchy jangan goreng terlalu lama
▶ Rebus cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, tomato sehingga sedikit layu. Setelah sejuk, kisar bahan tersebut sehingga hancur
▶ Kemudian, tumis bahan yang dikisar bersama belacan. Tambahkan garam, gula, penyedap. Bila dah berubah warna dan cili dah masak, rasa dahulu.
▶ Jika rasa dah okay, masukkan kobis goreng dan kacau bersama sambal tadi.
▶ Siap dan sedia dihidang.
Kredit : heninggdietstory
Ada enam kesemuanya resepi sambal sedap pedas dan padu yang boleh kita buat untuk dinikmati. Memeng sesetengah orang tak boleh makan pedas, jadi boleh kurangkan sedikit tahap kepedasan mengikut selera kita.
Tapi bagi yang suka pedas, sudah pasti akan kecur bila membayangkan sambal pedas ini untuk hidangan tengah hari atau malam.
Kepada yang baru nak mencuba, boleh save dulu artikel ini dan share di facebook anda. Ini akan memudahkan anda nanti untuk mencari semula. Selamat mencuba!