Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sayur Lemak Kelantan Yang Paling Simple. Sedap Makan Dengan Ikan Kering Atau Ikan Rebus Goreng!

0 88

Dah petang ni. Korang plan nak masak apa pulak malam ni. Jom try resepi sayur lemak Kelantan ni. Simple tapi sedap sangat. Rasa lemak manis tang kuah dia. Boleh letak apa-apa saja sayur yang korang suka. Contoh kubis, terung, petola, sawi dan bunga kubis.

Sayur lemak senang je nak buatnya. Sedap makan dengan ikan kering atau ikan rebus goreng. Ada budu dan nasi putih panas-panas pun dah cukup. Sampai mak mertua duk sebelah pun korang dah tak perasan. Dek leka dengan keenakan lauk simple ni.

Pindah kat tempat seksrang banyak knal orang belah Pantai Timur. Selalu jugak kongsi-kongsi masakan. Main tukar-tukar lauk katanya. So, aku dah pernah try sayur masak lemak ni. Orang Pantai Timur memang tak hilang dari masakan yang manis. Betul tak?

Sama jugak dengan rasa sayur lemak Kelantan ni. Rasa kuah dia agak manis-manis manja gitu. Tapi rasa dia akan balance bila di makan dengan ikan goreng atau ikan kering. Sedap ye lauk simple ni. Confirm bertambah nasi dibuatnya.

Resepi sayur lemak Kelantan yang simple ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iryani Zaki. Untuk korang yang dah lama merantau tak dapat balik. Mesti rindu lauk kampung macam ni kan. Try la buat kat rumah nanti.

 

RESEPI SAYUR LEMAK KELANTAN 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sayur lemak Kelantan ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah. Jom masak lauk sayur lemak untuk malam ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan tumbuk : 
  • Ikan rebus (kembung, selar atau selayang)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sejemput Lada hitam

Bahan lain : 
  • Sayur-sayuran (kubis, terung, petola, sawi dan bunga kubis)
  • Garam
  • Santan pekat

CARA PENYEDIAAN SAYUR LEMAK KELANTAN : 

▶️ Rebus ikan selayang dan letak asam keeping, garam dan nissan.

▶️ Kupas bawang dan tumbuk bersama lada hitam dan ikan rebus yang dibuang tulang tadi sehingga lumat.

▶️ Panaskan periuk atau kuali. Letak bahan santan dan sedikit air .

▶️ Biarkan menggelegak dengan api sederhana baru letakkan bahan yang ditumbuk. Perlu dikacau supaya santan tidak berketul.

▶️ Masukkan sayuran dan kacau seketika. Perasakan dengan garam dan gula. Optional untuk orang Kelantan.

▶️ Tutup api, dan kacau seketika untuk elakkan santan berketul. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kek Red Velvet Cheese Yang Gebu Dan Sedap. Tak Muak Makan, Siap Ada Rasa Lemony Lagi!

 

Goreng ikan rebus, hidang budu dan nasi panas. Fuh! Nikmat makan lauk kampung memang power ye. Ikan yang kita rebus untuk tumbuk tadi boleh digoreng untuk jadikan lauk. Rasa ikan rebus yang digoreng ni lagi sedap dari goreng biasa.

Lauk ni cukup nutrisi untuk anak-anak. Rasa kuah dia bukan takat manis santan semata. Tapi ada campuran dan rasa ikan rebus. Ikan rebus semalam yang tak habis, boleh try masak lauk ni. Tak pun goreng untuk makan dengan sayur lemak ni nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iryani Zaki kerana sudi berkongsi resepi sayur lemak Kelantan yang simple tapi sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open