Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Rahsia Nasi Ayam Kukus Simple. Resepi Lain dari Lain Semudah Abc

0 4,611

Nasi ayam sekarang ni dah ada pelbagai versi dan cara memasak. Sudah pastinya walaupun cara menyediakan berbeza tapi rasa tetap sedap dan berselera. Salah satunya ialah Nasi Ayam Kukus yang dikongsikan oleh Cik Puan Munierah Eyra

.

Kebiasaannya nasi ayam dimasak seperti biasa dalam periuk nasi. Kerana ianya lebih mudah, namun ada lagi cara yang lebih mudah dan lebih sedap.

Paling senang bila boleh kukus ikut banyak mana kita nak makan. Sesuai lah jika kita tak ramai, boleh dikukus ikut bekas masing-masing.

 

RESEPI NASI AYAM KUKUS

Bahan-bahan yang digunakan :

  • 25 sudu besar beras
  • 5 ketul ayam
  • 1 inci ditumbuk lumat
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  •  Daun sup dan daun bawang
  • Stock ayam brand maggie
  • Tomato sebagai hiasan
  • Timun juga sebagai hiasan

CARA PENYEDIAAN NASI AYAM KUKUS :

▶ Bahagikan beras kedalam 5 mangkuk. Pastikan beras dibasuh terlebih dahulu dan toskan. Setiap mangkuk masukkan 5 sudu beras.

▶ Mangkuk yang digunakan pastikan mangkuk yang boleh dikukus. Boleh juga gunakan bekas makanan plastik microwave.

▶ Kemudian, masukkan sedikit halia dan sedikit bawang putih dalam setiap mangkuk.

▶ Seterusnya, masukkan air biasa. Masukkan sehingga beras tenggelam atau lebihkan 1cm dari paras nasi.

BACA JUGA: Pelbagai Resepi Sambal Padu Berapi Yang Wajib Korang Cuba. Sedap Dan Terangkat!

▶ Masukkan 1 sudu kecil stok ayam brand maggi dalam setiap mangkuk beras.

▶ Kemudian, masukkan ayam dalam setiap mangkuk dan taburkan ke atas ayam sedikit daun bawang dan daun sup.

▶ Panaskan periuk kukus, kukus beras sehingga masak selama lebih kurang 30 minit atau sehingga ayam dan nasi masak.

Makan nasi ayam ni tak sah lah kalau tanpa sup. Walaupun sup biasa-biasa je, tetap kena ada baru lah bertambah selera. Resepi sup pun senang je.

Mungkin ada yang lebih sukakan gantikan air kepada sup waktu kukus nasi. Boleh juga tetapi saya cadangkan kurang sedikit stok ayam sebab sup juga sudah berperisa.

 

CARA PENYEDIAN SUP SIMPLE

▶ Tumiskan 2 biji bawang merah, dan juga lebihan bawang putih dan halia tadi. Tumis sehingga naik bau, masukkan ayam ( ayam sup dipot0ng kecil-kecil), air, pati ayam.

▶ Biarkan mendidih , ayam dah masak. Tabur daun sup dan hidangkan.

▶ Tabur juga bawang goreng supaya aromanya sup lebih sedap.

 

Untuk membuat SOS pula :

  • 1 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air

 

** Kisar semua bahan di atas sehingga lumat, kemudian masa katas api. Cili dah masak, tutup api dan sedia dihidang bersama Nasi Ayam Kukus dan Sup Simple.

Boleh lah dihidangkan waktu makan tengah hari atau nak buat khas untuk menjamu tetamu, ahli keluarga yang berkunjung ke rumah kita. Sebab simple je nasi ayam kukus ni kan?

Bahan-bahan yang digunakan boleh digandakan mengikut kesesuaian banyak beras yang digunakan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open