Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Simple Buat Muffin Cake Chocolate Chip Sedap! Resepi Mudah Untuk Hidangan Minum Petang!

0 2,717

Siapa yang suka makan aneka makanan bercoklat mungkin boleh cuba buat muffin cake chocolate chip ni. Resepi yang dikongsikan mudah je kita nak follow.

Tak sangka jugak rupanya senang nak buat dan muffin cake macam ni sesuai sangat kalau nak buat untuk minum petang atau nak buat makan-makan dengan ahli keluarga. Paling suka of course lah anak-anak!

Muffin cake chocolate chip ni perkongsian daripada Cik Puan Fainda Farahin kita ni, dia ada kongsikan di facebook beliau dan saya kongsikan di sini buat korang semua. Mudah nanti korang nak follow step by step yang dikongsikan.

Jom saya share apa bahan-bahan yang digunakan untuk buat muffin cake chocolate chip ni dan cara nak buat dia. Share di wall facebook masing-masing supaya mudah nak scroll nanti.

 

RESEPI MUFFIN CAKE COKLAT CHIP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

BAHAN A :

  • 2 Biji telur
  • 100 gm minyak jagung
  • 150 gm gula perang
  • 130 gm susu segar
  • Esen vanilla

 

BAHAN B :

  • 200gm Tepung gandum
  • 1 sudu kecil Baking powder
  • 1 sudu besar Serbuk Koko
  • Chocolate chip

CARA PENYEDIAAN MUFFIN CAKE CHOCOLATE CHIP :

▶ Mula-mula sekali, ayak tepung gandum, baking powder dan serbuk koko ke dalam satu bekas. Boleh juga guna tepung naik sendiri bagi menggantikan tepung gandum dan serbuk penaik.

▶ Ketepikan seketika bahan ayak.

▶ Satukan telur, minyak jagung, susu segar, dula perang dan esen vanilla. Pukul menggunakan pemutar tangan je. Pukul sampai adunan semua larut dan sebati.

▶ Kemudian, masukkan bahan ayak tadi seikit demi sedikit. Kacau sampai semua bahan sebati.

▶ Bila dah sebati, masukkan sedikit coklat chip dan gaul lagi sampai sekata.

▶ Sediakan muffin cup dan masukkan adunan dalam ¾ cup sahaja. Jangan masukkan penuh sebab nanti kek kita mengembang.

▶ Tabur chocolate chip di atas muffin cake kita dan sedia untuk dibakar

▶ Panaskan oven dan bakar muffin cake dengan suhu 200 darjah Celsius selama 30 minit.  Bergantung kepada oven masing-masing ya.

▶ Cukup masa, keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Lapis Keledek Ungu Yang Sedap Berlemak! Resepi Warisan Bonda Dari Kampung!

Waah! Senang sangat nak buat muffin cake ni. Hanya beberapa Langkah je dah boleh dapat rasa muffin cake yang sedap dan gebu!

Kalau ada yang suka makan ketika masih panas atau suam, boleh makan sesudah siap dibakar. Rasa bahagian atas yang rangup kesan bakar tu lagi sedap bila makan waktu panas. Tapi hati-hati kerana ada chocolate chip di atasnya.

Untuk yang baru nak belajar buat muffin cake chocolate cake ni, boleh cuba follow resepi ni. Senang dan serious sedap!

Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open