Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Roti Kukus Sosej Cheese Yang Simple Dan Mudah! Rasa Yang Marvellous Dan Serious Wajib Cuba!

0 2,188

Menu ni memang disukai oleh anak-anak. Kalau buat je roti kukus sosej cheese ni confirm tak cukup 1 seoarang. Buat extra sebab pasti ada yang menambah. Tambahan lagi, bila waktu hujan, perut pun lapar minta diisi.

Kepada yang belum pernah cuba, memang wajib try buat roti kukus sosej cheese ni dan cuba hidangkan kepada anak-anak. Confirm mereka akan suka! Nak buat dia pun senang je dan bahan-bahan yang digunakan mudah dapat.

Roti kukus sosej cheese ni nak buat makanan pagi boleh, nak buat sebagai minum petang pun tak ada masalah. Oh ya! Nak buat sebagai makanan berkelah pun boleh snagat-sangat.

Jom saya kongsikan resepi dari Cik Puan Asmawaty N Sofian kita ni yang share macam mana nak buat roti kukus sosej cheese yang sedap, gebu dan awesome ni!

 

ROTI KUKUS SOSEJ CHEESE

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

 

  • Roti Sosej
  • Sosej
  • Cheddar Cheese⠀
  • Mayonis⠀
  • Sos Cili / Sos Tomato / Sos Black pepper⠀

CARA PENYEDIAAN ROTI KUKUS SOSEJ CHEESE :

▶ Mula-mula sekali, rebus sosej sebentar. Kemudian toskan seketika.

▶ Ambil roti sosej. Belah di bahagian tengah secara memanjang.

▶ Sapukan mayonis di kedua -dua belah dalam roti.

▶ Mayonis dah rata, boleh sapukan sos cili atau sos tomato jika suka.

▶ Kemudian, masukkan sosej 1 batang.

▶ Potong kepingan cheese kepada beberapa bahagian dan letakkan di atas sosej. Tutup sosej dengan semupurna. Supaya cheese nanti mencair elok je.

▶ Sediakan periuk kukus. Dan didihkan air.

▶ Bila air dah mendidih, baru susun roti dalam periuk kukus.

▶ Tutup periuk dan kukus sebentar lebih kurang dalam 2 hingga 5 minit je. Gunakan api yang kecil tau.

▶ Cheese dah mencair, boleh angkat dan keluarkan.

▶ Siap dan boleh dihidangkan!

▶ Jika suka, boleh letak mayonis, sos cili atau sos tomato atau sos black pepper di bahagian atas cheese yang mencair tu.

BACA JUGA: Cara Simple Buat Muffin Cake Chocolate Chip Sedap! Resepi Mudah Untuk Hidangan Minum Petang!

Waah! Mudah sangat nak buat ni. Hanya perlukan beberapa bahan sahaja boleh hasilkan makanan yang terbaik dan ramai suka.

Kalau buat ni, saya rasa bukan anak-anak je akan berebut. Yang dewasa pun akan suka sebab makanan simple macam ni pun sedap tau!

Lebih-lebih lagi kalau sosej tu gunakan yang berperisa seperti black pepper, sosej cheese dan sebagainya. Sekarang ni ada banyak jenis sosej yang kita boleh dapatkan di pasaraya terdekat.

Untuk yang rasa perkongsian resepi roti kukus sosej cheese ni sangat bermanfaat dan nak cuba buat nanti, boleh save dan share dulu di facebook ye.

Dan saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open