Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Ketam Masak Telur Masin Yang Sedap Berlemak! Tak Sangka Mudah Nak Buat Dan Rasa Dia Serious Padu!
Musim buat masakan guna serbuk salted egg ni dah jadi trend sekarang ni. Nak buat dengan apa-apa masakan pun boleh. Pernah buat ayam goreng dengan salted egg, udang buttermilk dengan salted egg dan sebagainya.
Rasa dia memang sedap dan berlemak je. Tapi tak semua orang suka makan masakan telur masin ni. Risau terlalu masin lah, atau memang sejenis tak suka makan telur masin jadi mungkin kurang suka.
Kalau yang mana belum pernah cuba buat masakan dengan telur masin ni kena lah try dulu. InsyaAllah boleh jatuh suka dan tukar jadi menu kegemaran pulak tau!
Mujur jumpa resepi daripada Cik Puan Aminahtul Mardiah Md Nor kita ni. Buat guna ketam sebagai masakan telur masin ni lagi lah sedap. Manisnya, dan memang boleh sampai menjilat jari lah ceritanya!
RESEPI KETAM TELUR MASIN
Bahan bahan yang diperlukan adalah :
- 3 atau 4 ekor Ketam bunga
- 2 sudu Tepung jagung
- 3 sudu besar Butter
- ¼ cawan Susu cair
- Gula
- 3 atau 4 biji Telur masin (direbus)
- 1 tangkai Daun kari
- 5 Cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
CARA PENYEDIAAN KETAM TELUR MASIN :
▶ Mula-mula sekali, basuh bersih ketam bunga yang siap disiang. Kemudian toskan seketika.
▶ Rebus telur masin sehingga masak. Kemudian hancurkan telur kuning dan sedikit telur putih.
▶ Seterusnya, gaul ketam dengan tepung jagung dan gorengkan dalam minyak yang panas.
▶ Goreng sehingga masak. Balik-balikkan supaya ketam masak sekata.
▶ Bila dah sempurna masak, boleh angkat dan tos minyak.
▶ Kemudian, cairkan butter. Tumis daun kari dan cili padi.
▶ Tumis sampai naik bau wangi.
BACA JUGA: Pelbagai Masakan Masak Lemak Sayur-Sayuran Yang Awesome! Resepi Simple Yang Mudah Kita Nak Buat!
▶ Masukkan susu cair dan juga gula. Masak sehingga susu cair berbuih.
▶ Akhir sekali, masukkan telur maisn hancur tadi.
▶ Perasakan dulu. Tak perlu masukkan garam dah biasanya sebab telur masin dah cukup rasa.
▶ Rasa semua dah okay, boleh masukkan ketam yang sudah digoreng tadi.
▶ Gaul semua bahan supaya sekata dan boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Bila dah siap masak, boleh hidangkan dengan nasi panas-panas berwap tau. Kalau makan lauk ni, kuah boleh lebihkan sedikit untuk digaul dengan nasi. Serious sedap rasanya.
Tak perlu lagi nak ada lauk tambahan lain kalau dihidangkan dengan lauk ketam telur masin ni. Selain menggunakan telur masin yang direbus ni, boleh juga kalau nak gunakan serbuk telur masin yang banyak dijual di pasaran sekarang ni.
Kalau korang terasa nak cuba buat resepi ketam telur masin yang awesome ni, boleh follow resepi mudah yang saya kongsikan ni. Semoga perkongsian ni bermanfaat buat korang semua.
Kepada yang baru nak mencuba buat resepi ni, saya ucapkan selamat mencuba ye!