Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Red Velvet Oreo Cheese Cake Yang Sedap Dan Mudah. Bahan Mudah Tapi Rasa Mewah!

0 1,440

Sedap betul bila dapat makan cheese cake kan. Sekarang ni cheese cake pun dah boleh ada macam-macam perisa. Blueberry lah, coklat dengan cheese lah atau pun strawberry cheese pun ada.

Cuma dalam perkongsian kali ni, saya teruja nak kongsikan satu resepi cheese cake yang sangat sedap dan simple nak buat. Red Velvet oreo Cheese Cake ni, rasa dia memang tip top dan bahan-bahan yang digunakan pun senang nak dapat.

Nak buat kek ni, sesuai buat untuk minum petang. Confirm ramai yang suka sebab nampak menarik dengan rasa dia memang super sedap. Siapa yang belum cuba, sangat berbaloi untuk buat sendiri. Baru puas nak makan!

Saya kongsikan ni resepi daripada Cik Puan Rozmaliza Omar kita ni. Kalau yang buat untuk rasa-rasa sendiri boleh cuba. Jika di kedai biasanya mereka gunakan bahan premium. Maka harga akan jadi lebih mahal.

 

RED VELVET OREO CHEESE CAKE

Bahan -bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 bungkus biskut oreo (buang krimnya) – dikisar halus
  • ¼ cawan butter – dicairkan

CARA PENYEDIAAN :

▶  Mula-mula, cairkan butter. Dan gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata.

▶  Tekan padat-padat dalam loyang bulat 8″ yang telah oles dan dialas dengan baking paper.

▶  Akhir sekali, bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan seketika.

 

Bahan-Bahan Kek:-

  • 500 gram cream cheese
  • ½ cawan gula halus
  • ½ sudu teh esen vanila
  • ½ cawan natural yogurt
  • 2 biji telur A
  • 15 keping oreo dipatah empat

CARA PENYEDIAAN RED VELVET OROE CHEESE CAKE :

▶  Putar cream cheese, gula dan esen vanila hingga gula hancur dan sebati. Masukkan natural yogurt, putar hingga sebati.

▶  Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar sebati. Kemudian masukkan oreo yg dipatah empat, kaup balik dengan spatula hingga rata.

▶  Bakar secara steam-bake selama 45 atau 50 minit pada suhu 150c atau hingga masak.

▶  Renggangkan pintu oven dan biarkan dalam 5 minit baru

keluarkan kek dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman.

▶  Hiaskan red velvet oreo cheese cake mengikut kreativiti masing².

Selamat mencuba

BACA JUGA: Rahsia Buat Roti John Sedap Dengan Inti Yang Padu. Resepi Simple Rasa Sebijik Macam Dekat Pasar Malam!

Selain nak buat untuk makan petang, buat untuk hidangkan untuk majlis hari jadi, kenduri kesyukuran ke memang sangat sesuai. Anak-anak memang akan suka makan kek red velvet oreo cheese cake ni.

Yang mana suka makan cheese cake, bolehlah buat Red Velvet Oreo Cheese Cake dan hidangkan kepada keluarga tercinta. Sekali je cuba pun dah boleh terus menjadi tau!

Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua kawan-kawan yang nak try buat cheese cake ni. Selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open