Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Original Temerloh. Pasti Menjilat Jari!

0 876

Resepi masak tempoyak ikan patin merupakan hidangan yang menjadi kegilaan ramai. Ianya merupakan hidangan yang cukup terkenal di bandar temerloh, Pahang. Sehinggakan Bandar Temerloh digelar atau dikenali sebagai “Bandar Ikan Patin“.

Beberapa restoran di temerloh akan menjadikan hidangan tempoyak ikan patin ini menu utama mereka. Dimana, mereka mempercayai bahawa setiap pengunjung yang datang sebenarnya ingin merasai keenakan ikan patin masak tempoyak ini.

Tambahan pula, para perniaga disana amat bersyukur dan sangat terharu kerana mereka telah memperolehi pelanggan yang tetap hampir setiap hari bagi hidangan ini. Memandangkan sekarang tengah pkp, mesti ramai yang telah merindui masak tempoyak ikan patin versi temerloh ini kan.

Jangan bimbang, kita perlu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Puan Meylis Sasa kerana sudi berkongsi resepi asli tempoyak ikan patin versi temerloh ini. Dapat juga lah penggemar resepi ini melepaskan gian.

Seperti semua orang tahu, tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.

 

RESEPI MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN VERSI ORIGINAL TEMERLOH

Mesti ramai yang tak sabar nak tahu cara penyediaan resepi ini kan. Bahan memasak yang digunakan sangatlah simple dan cara memasaknya juga tidaklah terlalu rumit. Jom kita follow langkah penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan patin
  • Tempoyak
  • Cili merah
  • Kunyit hidup
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Gula secubit (tempoyak dah manis tak perlu letak)
  • Asam keping (tempoyak dah masam tak perlu letak)

CARA PENYEDIAAN TEMPOYAK IKAN PATIN VERSI ORIGINAL TEMERLOH :

▶️ Mula-mula kisar tempoyak, cili merah dan juga kunyit hidup.

▶️ Masukkan bahan kisar dan sedikit air kedalam periuk. Kacau manja.

▶️ Kemudian, masukkan bunga kantan.

▶️ Seterusnya, masukkan ikan patin perlahan-lahan. Biarkan mendidih seketika.

▶️ Setelah mendidih, masukkan daun kesum, garam, serbuk perasa dan secubit gula. Kalau tempoyak sudah manis, tak perlu letak gula lagi. Kalau tempoyak agak masam boleh ejas pakai gula.

▶️ Masukkan asam keping (asam keping juga tak perlu kalau tempoyak sudah cukup masam). Kacau sebati sehingga masak.

▶️ Tutup api, siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Paling Mudah Buat Potugese Egg Tart. Hanya Menggunakan Puff Pastry Segera. Confirm Menjadi!

 

Fuh! Marvelous. Cukup menyelerakan. Nak dapat betul-betul ori dari temerloh sekarang ni memang susah yang amat. Kalau bukan disebabkan pkp, tak kan lah setiap kali kita nak makan, kita kena ulang alik ke temerloh kan.

So, resepi pun dah ada. Kita tetap kena patuh dengan arahan kerajaan tak boleh rentas negeri lagi. Jadi gunakan resepi yang ada untuk mencuba hidangan ini sendiri dirumah. Dapat hirup kuah tepoyak patin tengah panas-panas. Confirm terangkat!

Lepas ni yang tak gemar makan durian, boleh cuba tempoyak ikan patin ni. Sebab kebanyakkan yang tak gemar makan durian, boleh jatuh cinta pada resepi masak tempoyak ikan patin versi original temerloh ini.  Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open