Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sup Ayam Simple Dan Sedap Berempah. Resepi Mudah Makan Musim Hujan!

Sup Ayam by ibu
0 5,251

Bila sekarang ni musim hujan, makan makanan berkuah macam ni memang boleh melegakan. Yelah, bila kerap hujan, sakit kepala, selesema semua nak datang.

Sudah tentu lah sup ni antara penawar dan makanan yang paling diminati semua orang. Silap-silap makan hari-hari pun boleh. Panas je badan bila dapat makan sup ayam ni.

Nak buat sup ayam ada macam-macam cara dan pelbagai versi. Ada yang suka tumis, ada yang terus masukkan semua bahan. Ofcourse masing-masing cara pun sedapnya tu tak boleh bawa bincang.

Bila jumpa resepi daripada Cik Puan Ameera ni, nampak macam mudah nak buat dan tak sabar pula nak cuba. Beberapa orang juga ada kongsikan rasa sedap bila follow resepi sup ayam ni.

 

RESEPI SUP AYAM SIMPLE

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Ayam beberapa ketul
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci atau ( sebesar ibu jari ) halia
  • 1 sup bujut
  • 2 kiub pati ayam
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu kecil lada hitam ( hancurkan)
  • 1 sudu garam
  • Daun sup
  • Daun bawang

BAHAN UNTUK BAWANG GORENG :

  • 6 biji bawang merah
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN SUP AYAM SIMPLE :

▶ Mula-mula sekali, basuh ayam bersih-bersih dan masukkan dalam periuk

▶ Kemudian, masukkan sekali bawang putih, bawang besar dan juga halia ke dalam periuk

▶ Jangan lupa masukkan air untuk kuah sup kita.

▶ Seterusnya masukkan sup bunjut dan biarkan dia masak sehingga menggelegak.

BACA JUGA: Cara Buat Kek Lumut Pandan Kukus. Kek Lembut Dan Moist Untuk Hidangan Minum Petang!

▶ Dah mendidih, masukkan kiub pati ayam dan cili padi. Cili padi ni terpulang kepada kita nak pedas macam mana.

▶ Taburkan lada hitam dan garam secukup rasa.

▶ Rasa semua dah cukup, masukkan daun sup dan daun bawang.

▶ Sementara tu, hiris nipis bawang merah untuk bawang goreng.

▶ Goreng dengan minyak yang panas, sampai kekuningan.

▶ Kemudian, tuang dalam periuk sup kita bersama dengan minyak bawang tu sekali.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

Nak makan sup ayam ni, sedap makan dengan nasi panas. Ataupun boleh juga makan dengan bubur. Yang mana nak cuba buat sup ayam yang sedap dan simple je, boleh cuba follow resepi ni. Serious satu family semua akan suka.

Kalau ada yang suka extra pedas tapi ada anak-anak nak makan juga sup ni, boleh hidangkan dengan sambal kicap pedas tu. Tak nak makan dengan nasi, boleh celur bihun atau mee kuning.

Sharekan dulu cara buat Sup Ayam ni dekat wall facebook ye, mudah nak rujuk balik nanti bila nak buat. Saya ucapkan selamat mencuab semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open