Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Pelbagai Masakan Ikan Bakar Yang Sedap Marvellous. Resepi Lengkap Dan Simple Untuk Dibuat!

Aneka resepi ikan bakar
0 2,775

Teringin nak makan ikan bakar yang sedap selalu makan di kedai je. Boleh dikatakan kerap juga sebab satu keluarga memang suka makan masakan ikan bakar.

Rupanya ikan bakar ni bukan satu dua jenis je yang ada. Tapi ada beberapa masakan ikan bakar sedap yang boleh kita buat. Tak sangka juga sebenarnya ada resepi yang berbeza dengan menggunakan bahan yang tak sama.

Selalunya bila makan di kedai ordernya ikan bakar petai sahaja atau ikan bakar biasa. Itu pun dah punya rasa yang luar biasa. Bila jumpa banyak resepi ikan bakar ni, memang rasa tak sabar nak cuba satu per satu!

Jom saya kongsikan beberapa resepi ikan bakar yang sedap dan marvellous ni. Paling penting memang senang je nak buat.

 

IKAN  TALAPIA BAKAR 

Kalau nak buat ikan bakar paling simple, boleh cuba buat guna ikan talapia. Sedap dan simple je follow resepi Tuan Nizam ni.

 

RESEPI IKAN TALAPIA BAKAR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 ekor ikan  talapia
  • 15 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • Perahan asam jawa
  • Gula, garam

CARA PENYEDIAAN IKAN TALAPIA BAKAR :

▶ Kisar semua bahan-bahan kecuali ikan. Kisar sehingga hancur lumat.

▶ Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Dan warna sambal pun berubah warna jadi pekat.

▶ Seterusnya, masukkan perahan asam jawa, gula dan juga garam secukup rasa

▶Masak sehingga kering sedikit. Minyak jika lebih sedikit pun tak apa.

▶ Kemudian, gaulkan dengan ikan. Depan dan belakang. ratakan supaya semua bahagian ikan terkena.

▶ Letakkan atas daun pisang atau aluminium foil. Letak kan sambal tadi dan letak ikan. Letakkan lagi baki sambal tadi. Terus bakar di atas api.

▶ Boleh juga bakar menggunakan pemanggang ajaib, non stick kuali dan juga pembakar arang.

Kredit Resepi – Nizam Abdul Karim

 

IKAN PERCIK BAKAR 

Kalau dihidangkan dengan ikan percik bakar ni, memang susah betul nak tolak. Sedap tu memang sampai menjilat jari! Siapa yang belum cuba, memang wajib rasa!

RESEPI IKAN PERCIK BAKAR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 5 ekor ikan kembong
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 batang serai
  • garam
  • kunyit
  • serbuk cili

 

BAHAN KUAH :

  • 1 kotak santan pekat
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 batang serai
  • daun limau purut
  • asam keping
  • garam
  • ajinamoto
  • sedikit gula melaka
  • lada sulah

 

CARA PENYEDIAAN IKAN PERCIK BAKAR :

▶ Mula-mula sekali, basuh bersih ikan kembong.

▶ Untuk perapan ikan, kisar bawang putih, halia dan serai.

▶ Kemudian, perap ikan dengan bahan kisar dan garam, kunyit serta serbuk cili.

▶ Untuk kuahnya, kisar bawang merah, bawang putih dan juga halia.

▶ Campurkan bahan kisar, dengan santan, gula melaka, serai dan juga daun limau purut. Masak guna api yang perlahan sehingga pekat.

▶ Sambil masak kuah boleh bakar ikan. Dua kerja masak serentak lagi cepat siap.

▶ Bila kuah dah siap masak, boleh curahkan sikit kuah ke atas ikan yang sedai dibakar supaya kuah serap dalam ikan.

▶ Dah selesai bakar, curahkan semua kuah percik ke atas ikan.

Kredit Resepi – Harazlina Osman

 

IKAN BAKAR PORTUGIS

Pernah makan ikan bakar portugis? Sedapnya tu memang tak boleh tahan. Nak buat dengan ikan apa pun boleh. Cuma kali ni saya kongsikan dengan ikan pari ye!

 

RESEPI IKAN  BAKAR PORTUGIS

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 potong ikar pari besar
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula
  • 3 sudu besar cili kisar

 

CARA PENYEDIAAN IKAN BAKAR PORTUGIS :

▶ Mula-mula sekali basuh bersih ikan pari.

▶ Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga hancur

▶ Panaskan minyak, tumis bahan sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan cili kisar

▶ Tumis lagi sampai cili betul-betul masak.

▶ Seterusnya perasakan dengan garam dan gula.

▶ Bila dah sejuk sikit perapkan dengan ikan dan balut dengan daun pisang.

▶ Biarkan perap 1- 2 jam, dan sedia untuk dibakar.

Kredit Resepi – Emee Sham

 

IKAN SIAKAP BAKAR 

Biasa sangat kalau ada ikan siakap mesti masak 3 rasa yang kita akan buat kan. Tapi kali ni, makan ikan bakar siakap ni memang padu betul rasa dia!

 

RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor ikan siakap

 

BAHAN DIKISAR :

  • 1 genggam cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 atau 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • sedikit minyak atau minyak kelapa
  • Sedikit air
  • Garam dan secukup rasa
  • Sedikit madu

 

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP BAKAR :

▶ Belah belakang ikan dan bersihkan dulu. Sisik ikan tak perlu dibuang untuk elakkan ikan hangit semasa membakar

▶ untuk membuat bahan perapan, kisar semua bahan bahan perapan yang saya kongsikan dekat atas. Kisar hingga hanucr dan betul-betul halus.

▶ Bahan kisar tu sapukan pada ikan siakap kita. Pastika setiap daripada ikan tu terkena bahan kisar.

▶ Lapikkan dengan daun pisang. Sapu sedikit minyalk. Letak ikan tadi dan boleh mula membakar.

▶ Boleh bakar guna non stick pan, atau pemanggang ajaib je kalau tak rajin.

▶ Bahan lebihan perapan, boleh masak atas api sehingga masak. Dan jadikan sebagai pencicah ikan bakar kita.

Kredit Resepi – Hajar Mohd

BACA JUGA: Pelbagai Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Dan Padu! Resepi Mudah Semua Orang Wajib Buat!

IKAN KELI BAKAR DENGAN CACAPAN SANTAN

Kalau ikan keli bakar pernah juga merasa, tapi dengan cacapan santan ni memang first time nak cuba. Resepi ni adalah resepi banjar. So, memang sedaplah!

 

RESEPI IKAN KELI BAKAR DENGAN CACAPAN SANTAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 ekor Ikan keli

 

BAHAN CACAPAN SANTAN :  

  • Kelapa parut + air suam ( perah dan ambil santannya )
  • 1 inci belacan bakar
  • 5 biji cili padi ( jika suka boleh tambah lagi)
  • 1 biji bawang bakar
  • 1 sudu asam jawa
  • limau nipis ( boleh adjust tahap kemasaman)
  • Garam
  • Ajinomoto

 

CARA PENYEDIAAN IKAN KELI BAKAR DENGAN CACAPAN  SANTAN :

▶ Mula-mula sekali basuh ikan keli dan bakar atas dapur gas.

▶ Campur semua bahan di atas dan picit cili padi supaya rasa pedas.

▶ Kemudian, ikan keli bakar tadi, campurkan ke dalam bahan kuah cacapan santan ni. Pastikan ikan tenggelam sikit di bawah kuah supaya kuahnya pun dapat aroma bakar dari ikan

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

TIP :

Jika suka terung, belimbing buluh atau bawang boleh bakar bersama ikan keli tu.

Kredit Resepi – Xura Kamarulzaman

 

IKAN PARI BAKAR MARVELLOUS

Selain buat masak asam pedas, ikan pari ni memang sedap kalau dibuat bakar bersambal macam ni. Follow resepi ni memang mudah nak buat!

 

RESEPI IKAN PARI BAKAR MARVELLOUS

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 ekor ikan pari saiz sederhana ( potong 2)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 batang cili kering ( buang biji dan kisar dengan sedikit minyak)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • 2 keping asam keping
  • 2 helai daun limau purut ( dimayang halus)
  • 1 helai daun kunyit ( dimayang halus)
  • Daun pisang
  • Alunimium foil

 

CARA PENYEDIAAN IKAN PARI BAKAR MARVELLOUS :

▶ Mula-mula cuci bersihkan ikan pari.

▶ Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar dan juga cili padi.

▶ Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak dah panas, tumis semua bahan kisar sampai garing.

▶ Kemudian, masukkan asam keping, garam, gula dan juga serbuk perasa.

▶ Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul semua bahan sehingga sebati.

▶ Sambal dah siap, jom siapkan untuk bakar ikan pula. Lebarkan aluminium foil, lapik dengan daun pisang.

▶ Letak sambal sikit, kemudian letakkan ikan. Atas ikan, letakkan lagi sambal tadi tu dan balut kemas-kemas. Bakar menggunakan non stick pan pun dah sedap!

Kredit Resepi – Erma Azizie

Waah! Banyak rupanya resepi ikan bakar yang sedap dan marvellous yang boleh kita buat. Tak sangka juga ikan bakar ni pun ada pelbagai resepi dan cara nak masaknya kan. Yang penting rasa dia memang padu lah untuk setiap satu.

Kalau yang mana berniat nak buat ikan bakar sendiri, boleh cuba follow resepi ikan bakar yang saya kongsikan ni. Cek satu per satu resepi yang ada, dan tengok yang mana bahan lengkao dan kita ada, kemudian boleh lah cuba!

Buat untuk makan tengah hari memang best. Makan dengan nasi panas, atau cicah juga dengan kicap pedas. Memang rasa yang padu lah jawabnya!

Sharekan dulu resepi yang saya kongsikan ni supaya mudah nak jadi rujukan pada masa akan datang. Dan boleh beri manfaat kepada orang lain yang turut memerlukan. Siapa tahu kan, ada yang tengah cari aneka resepi masakan ikan bakar ni.

Kepada yang nak mencuba, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open