Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Agar-Agar Laici Susu Selasih. Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

0 1,796

Serious lawa sangat agar-agar ni! Sedap pula tu. Tak rugi kalau nak cuba resepi agar-agar laici susu selasih ni. Siap boleh buat hantaran lagi. Nak campus dengan fresh fruit yang warna terang-terang lagi lawa.

Ada tak kat sini masuk je bulan puasa, terus beli stok agar-agar. Senang nak buat untuk pemanis mulut bila bebuka nanti kan. Tapi, kali ni nak ajak anda semua cuba resepi agar-agar laici susu selasih ni. Fuhhh sedap sangat makan sejuk-sejuk!

Macam-macam jenis buat boleh campur dengan agar-agar ni. Terpulang kepada individu tu sendiri. Sesuai sangat dihidangkan buat tetamu bila ada majlis di rumah. Confirm laju je habis nanti.

Penggemar agar-agar wajib cuba resepi ni. Mudah je nak buat. Anda pasti teruja dengan hasilnya. Agar-agar ni juga memerlukan 2 jenis adunan iaitu agar-agar putih dan agar-agar jenis kristal.

Kedua-dua jenis adunan ini akan di campur secara berselang seli. Dan itu lah yang membuatkan orang ramai tertarik dengannya. Jom follow resepi dari Cik Puan Jamilah Kak Mel ni. Ikut je sebijik-sebijik confirm menjadi. Confident tu penting!

 

RESEPI AGAR-AGAR LAICI SUSU SELASIH

So, tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan dan cara penyediaan agar-agar laici susu selasih ni. Kalau dah lengkap semua bahan, boleh la terus buat kan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk agar-agar putih :
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula halus
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair

 

Bahan untuk adunan kristal :
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula halus
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 cawan air laici (dari tin)
  • 1 tin laici
  • Biji selasih yang sudah direndam dengan air panas

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR LAICI SUSU SELASIH :
Cara penyediaan agar-agar putih :

▶️ Campurkan serbuk agar-agar, gula halus dan air ke dalam periuk dan didihkan.

▶️ Apabila mendidih, masukkan susu cair dan tunggu sehingga mendidih.

▶️ Kemudian, tutup api.

▶️ Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan. Pastikan jangan tuang agar-agar susu tersebut penuh dalam acuan.

▶️ Apabila dah keras, keluarkan daripada acuan dan potong ikut jalur acuan.

▶️ Kemudian, masukkan ke dalam acuan secara berselang-seli.

 

Cara penyediaan adunan kristal :

▶️ Campurkan serbuk agar-agar, gula halus dan air ke dalam periuk dan didihkan.

▶️ Apabila mendidih, masukkan air laici dan tunggu sehingga mendidih

▶️ Apabila mendidih, tutup api.

Cara penyediaan agar-agar laici susu selasih

▶️ Letakkan biji selasih dahulu di antara agar-agar susu tadi.

▶️ Kemudian, letakkan buah laici di atas biji selasih tadi.

▶️ Tuangkan agar-agar kristal sedikit demi sedikit supaya biji selasih dan buah laici tidak timbul.

▶️ Apabila sejuk sedikit, tuang lagi agar-agar kristal sehingga penuh. Pastikan agar-agar kristal dituang melebihi daripada agar-agar putih untuk memastikan agar-agar tersebut melekat.

▶️ Sejukkan dan apabila sudah keras, boleh keluarkan daripada acuan. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sosej Gulung Bersos Yang Gebu Dan Mudah Dibuat. Laju Je Habis Bila Makan Panas-Panas!

 

Wow! Memang cantik hasilnya! Hidang sejuk-sejuk seyes ohsem! Actually, agar-agar ni boleh dibuat dengan pelbagai warna. Ada yang campur dengan sirap ros, warna pandan asli dan juga pewarna. Kalau nak menarik, boleh je letak warna pilihan anda.

Bila letak warna-warna ceria ni, confirm anak-anak tartarik nak makan. Sesuai sangat buat hidangan minum petang dengan cuaca yang panas-panas macam ni kan. Terima kasih juga di ucapkan buat Cik Puan Jamilah Kak Mel atas perkongsian ini.

Untuk makluman semua, beliau juga seorang yang sangat suka berkongsi resepi di wall facebook milik beliau. Dan sering mendapat perhatian ramai. Semoga perkongsian beliau termasuk resepi agar-agar laici susu selasih ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open