Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Nasi Goreng Jagung Padu! Guna Bahan Frozen Dalam Peti Je.
Sesekali tak nak makan nasi berlauk, bolehlah cuba buat nasi goreng jagung ni. Walaupun first time dengar nasi goreng jagung ni, tapi rasa dia memang tak boleh bincang.
Selalu sangat dah makan nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, nasi goreng tomyam, nasi goreng daging merah. Tapi menggunakan bahan yang simple dan mudah ni, maka terhasillah nasi goreng jagung.
Simple sebab bahan yang digunakan ni banyak dijual di pasaraya iaitu sayur campur. Di mana di dalamnya ada lobak merah, jagung dan kacau hijau peas tu biasanya. Bila dah ada, senang lah jadinya. Campakkan aje dalam kuali.
Resepi daripada Cik Puan Hana A Razak ni jarang-jarang tak menjadi. Setiap resepi beliau yang kami kongsikan semuanya nampak menyelerakan. Untung keluarga beliau, dapat rasa air tangan masaknya.
Tapi atas kesudian dikongsian ke dalam facebook, saya panjangkan perkongsian resepi nasi jagung ni untuk korang cuba. Pening sangat dah tak tahu nak masak nasi goreng apa. inilah masanya kita buat nasi goreng jagung ni ye.
RESEPI NASI GORENG JAGUNG
Untuk nasi goreng ni memang disarkan untuk menggunakan isi jagung sam aada dalam packaging sayur campur atau yang dijual untuk buat jagung manis tu pun boleh. Resepi di bawah ni beliau gunakan isi jagung sahaja.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 mangkuk besar nasi sejuk
- 4 batang sosej
- 1 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji telur
- 1 mangkuk kecil jagung
- ½ batang lobak merah
- 2 batang kacang Panjang
- Kicap
- Garam
CARA PENYEDIAAN NASI GORENG JAGUNG :
▶ Mula-mula hiris nipis sosej dan gorengkan sosej sekejap. Jika ada isi ayam, boleh gorengkan dulu sekejap. Dah masak angkat dan toskan minyak
▶ Kemudian, kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan juga cili merah. Kisar sampai hancur dan terus masukkan dalam kuali.
▶ Tumis sampai garing dan cili masak sempurna
BACA JUGA: Ada Nasi Lebih Semalam, Cuba Buat Cucur Nasi Ni. Simple Dan Mudah, Rasa Pun Sedap!
▶ Renjis sedikit kicap untuk bagi warna sedikit gelap
▶ Bila rendah tadi dah mendidih pecahkan telur dan masukkan lobak merah yang dipotong dadu beserta jagung.
▶ Kacau dan masak sampai sayur sedikit lembut
▶ Bila telur dah masak, lobak dah sedikit lembut masukkan pula akcang Panjang.
▶ Perasakan dengan garam. Dan serbuk perasa jika suka
▶ Nasi sejuk tadi pastikan sudah diramas atau dileraikan supaya mudah kita nak gaulkan nasi.
▶ Gaul sampai sebati dengan bahan rencah kita. Kemudian masukkan sosej yang dah digoreng awal tadi
▶ Gaul semua bahan supaya sebati. Rasa, jika kurang masin masukkan sedikit garam.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Nasi goreng jagung ni, makan ketika masih panas-panas suam macam tu. Boleh juga sediakn telur mata atau ayam goreng sebagai lauk tambahan. Jika anak-anak tak suka makan jagungboleh kurangkan. Nanti jenuh pula ibu nak kutip satu per satu dari pinggan mereka.
Senang dan mudah je kan nak buat nasi goreng jagung ni. Kalau korang tak pernah rasa, memang wajib cuba buat nasi goreng jagung ni tau!
Semoga perkongsian nasi goreng jagung ini dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Selamat mencuba dan selmat menjamu selera!