Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Korean Garlic Cheese Bread Untuk Makan Ringan. Tak Sangka Semua Orang Suka!

Korean Garlic Cheese Bread
0 1,005

Tahu tak dengan guna roti burger je pun boleh hasilkan Korean garlic cheese bread ni. Alaa, dalam Bahasa Melayu nya ialah roti bawnag putih dengan keju ala Korea. Haa gitu! Yang mana minat nak jadi oppa dan unni tu, meh cuba resepi simple ni.

Resepi ni just cuba-cuba buat dan tak sangka rasanya sangat sedap dan sebab itulah saya nak kongsikan dengan korang semua. Roti dia ni memang macam roti yang selalu kita makan. Biasanya roti kita makan roti gardenia  yang sungguh enak di makan begitu saja tuu..

Tapi untuk resepi ni, saya kongsikan ni resepi daripada Cik Puan Tyra Manan yang beliau share di Group Masak Apa Hari Ini. Tertarik betul dengan hasil roti yang beliau buat. Untuk itu saya naks share dekat sini supaya lebih ramai dapat manfaat.

Menariknya roti garlic cheese ala Korea ni, kita tak perlu nak eli roti mahal-mahal. Sebab hanya gunakan roti burger sahaja untuk dapatkan hasil dan rasa yang superb!

Tanpa berlengah lagi, jom lah saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan macam mana step by step nak buat roti garlic chesse ni.

 

RESEPI KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Bahan penting dalam menghasilkan roti ni sudah pasti bawang putih dan juga cheese. Barulah menjadi. Tanpa 2 bahan ni,  confirm tak jadi dan kena tukar nama menulah.  Hihi

SOS GARLIC

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 4-5 ulas bawang putih
  • 100 gram butter
  • 2 sudu akan mayonis
  • 1 biji telur
  • Parsley

CARA PENYEDIAAN SOS GARLIC :

▶ Mula-mula sekali, cairkan butter dan biarkan sejuk seketika.

▶ Kemudian, baru campurkan dengan semua bahan tadi. Jangan campurkan masa panas ye.

INTI BREAD

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 250 gram cream cheese
  • 2 sudu makan susu pekat

CARA PENYEDIAAN INTI BREAD :

▶ Campurkan susu pekat dengan cream cheese hingga sebati.

▶ Kemudian masukkan ke dalam piping bag

BACA JUGA: Cara Buat Nasi Goreng Jagung Padu! Guna Bahan Frozen Dalam Peti Je.

Dah siap sos, dan dah siap inti breadnya. Sekarang ni jom saya share macam mana nak hasilkan roti garlic cheese ni ya.

▶ Ambil 1 buku roti burger. Potong kepada 6 bahagian. Potong tapi jangan sampai putus ye.

▶ Paipkan cream cheese dan susu tadi di tengah-tengah roti yang dibelah tadi.

▶ Seterusnya, sapukan sos garlic di atas roti.

▶ Panaskan oven, bakar dengan suhu 150-160 ;c sekama 10 hingga 15 minit. Bergantung kepada suhu oven masing-masing.

Roti dan bertukar keemasan, boleh angkat dan keluarkan daripada oven. Siap lah untuk dihidangkan kepada keluarga.  Makan panas-panas suam memang amazing rasa dia!

Senang je kan nak buat roti garlic bread ala Korea ni. Cepat betul habis bila buat roti garlic ni. Kalau sebelum ni pernah makan roti garlic hanya di pizza hut sahaja. Lepas ni dah tahu boleh buat sendiri macam ni.

Dah buat jangan lupa share di ruang facebook ye. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open