Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Air Kelate Yang Simple Dan Sedap. Sesuai Masak Time Tengah Malas!

0 67

Hari malas sedunia gamaknya. Malas kerja, malas nak keluar, semua benda malas. Memandangkan malas sangat hari ni, mari la kita try masak simple-simple je guna nasi untuk isi perut. Ni dia resepi nasi air Kelate. Sedap tau! 

Lama jugak aku duduk Kelantan dulu. 3 tahun jugak la. Means, aku memang familier dengan nasi air Kelate ni. Kalau orang luar panggil bubur nasi, orang Kedah pulak panggil Moi kalau tak silap aku. 

Duduk rumah pun penat ye. Siapa kata housewife tak penat. Nak kena masak, kemas rumah, layan kerenah anak lagi. Tu tak masuk ayah dia lagi buat hal. Kalau dapat suami yang rajin tolong isteri kat rumah jaga la elok-elok ye. 

Dah lama sangat rasanya aku tak makan nasi air Kelate ni. Dulu je masa belajar duduk Kelantan. Dalam nasi air ni ada isi ayam yang di carik-carik. Ada juga telur masin dan sayur. Masak semua dalam satu hidangan je. 

Resepi nasi air Kelate ni telah dikongsikan oleh seoarng pengguna Facebook iaitu Cik Puan Kunije Tnije. Resepi simple, mudah dan sedap sangat. Yang penting perut kenyang makan nasi air Kelate ni. Sekali cuba, pasti nak lagi. 

RESEPI NASI AIR KELATE 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Simple tapi sedap. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak kat bawah ni. Step penyediaannya jugak seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1/2 ekor ayam
  • 5ulas bawang putih (diketuk)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • pati kiub
  • 1sk kicap manis
  • Sup bunjut

CARA PENYEDIAAN NASI AIR KELATE : 
Cara penyediaan sup : 

▶️ Tumis semua bahan kecuali pati kiub dan kicap.

▶️ Naik bau masukkan ayam.

▶️ Masukkan air.

▶️ Masukkan pati kiub.

▶️ Bila dah sup masak keluarkan ayam. Sejukkan.

▶️ Barulah carik-carikkan isinya.

Cara penyediaan nasi air :

▶️ Basuh 1 cawan beras, toskan dan goreng tampa minya hingga kering.

▶️ Blendkan beras separuh hancur.

▶️ Masak dalam air kena 2x ganda beras.

▶️ Masukkan halia hiris.

▶️ Rebus telur masin, goreng ikan bilis, kalau rajin buatlah sayur kangkung goreng.

▶️ Hidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Bipang Bertih Beras Homemade. Sesuai Sangat Buat Kudapan Di Rumah!

 

Siap untuk dihidang! Dah boleh campur semua bahan-bahan isi ayam, telur masin dan sayur kangkung dalam satu magkuk dan hidang nasi air Kelate ni panas-panas. Menu ni sesuai jugak untuk orang sakit ye. 

Lepas jugak craving makan nasi air Kelate ni. Nak pegi Kelantan untuk makan nasi air ni memang tak dapat la. Baik la aku buat sendiri kat rumah ikut resepi ni. Dapat jugak rasa macam makan nasi air kat Kelantan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Kunije Tnije kerana sudi berkongsi resepi nasi air Kelate yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open