Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Muruku Cheese Yang Sedap. Kudapan Yang Menjadi Kesukaan Ramai, Anda Wajib Cuba!
Ada tak yang tengah sedih bila tengok muruku ni? Sedih la sebab tak boleh balik beraya dikampung. Tapi, takpe jom kita gembirakan diri kita dengan mencuba resepi muruku cheese yang cukup sedap ini.
Merujuk wikipedia, muruku merupakan sejenis makanan yang berasal dari india. Perkataan muruku berasal dari perkataan bahasa Tamil yang bererti “berpusar”. Seperti yang kita tahu tekstur muruku juga adalah rangup dan garing.
Muruku boleh dimasak dengan berperisa asli atau menggunakan cheese. Ianya menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi. Cara penyediaannya sangatlah mudah.
Jom kita cuba buat maruku cheese yang menggunakan cheddar parut. Tanpa menggunakan mesin, anda juga boleh menyediakan muruku yang sedap dengan cara manual. Tetapi adunan sedikit lembut daripada menggunakan mesin.
Resepi muruku cheese ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Nazri Ahmad. Beliau mengadun semua bahan menggunakan mesin felcon dan terus membentuk muruku kemudiannya menggoreng dengan minyak yang banyak.
RESEPI MURUKU CHEESE
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan yang digunakan dalam penyediaan muruku cheese ini. Yang ada mesin dirumah boleh follow cara ni. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500 gram tepung pulut
- 100 gram cheddar parut
- 100 gram gula aising
- 2 biji telur
- 180 ml air
- 2 sudu besar maggi secukup rasa
CARA PENYEDIAAN MARUKU CHEESE :
▶️ Menggunakan mesin falcon. Masukkan semua bahan dalam mesin. Uli sebati. Boleh juga uli dengan tangan hingga sebati.
▶️ Bila dah sebati, tekan butang acuan pada mesin untuk mengeluarkan adunan maruku sambil dibentuk berpusar di atas tapak tangan. Buat sehingga semua adunan habis.
▶️ Panaskan minyak yang banyak, dan goreng muruku cheese. Angkat bila maruku kelihatan kekuningan dan toskan. Siap!
BACA JUGA: Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis Yang Super Sedap. Simple Je, Confirm Anda Puas Hati!
Bila da siap goreng semua muruku , boleh letak dalam balang supaya muruku kita tak masuk angin. Biasanya muruku akan dijadikan kuih hari raya yang dihidangkan buat tetamu yang datang.
Ianya juga, boleh dimakan hari-hari biasa, untuk dijadikan kudapan dimasa lapang sambil menonton tv. Penggemar muruku bolehlah tukar selera dengan mencuba muruku cheese ini.
Semoga resepi muruku cheese ini bermanfaat pada anda semua. Nak buat berniaga pun boleh sangat. Selamat mencuba!