Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sosej Gulung Bersos Yang Gebu Dan Mudah Dibuat. Laju Je Habis Bila Makan Panas-Panas!

0 5,325

Ada tak kat sini yang suka makan roti sosej? Apa kata hari ni kita cuba buat resepi sosej gulung bersos! Ala-ala popia sira sambal tu. Tp, sosej gulung bersos ni tak pedas dan tak memerlukan cili kisar. Anak-anak pun boleh makan tanpa rasa pedas nanti.

Senang sangat nak buat resepi ni. Tidak mengambil masa yang lama pun. Sekarang kan dah ada mesin uli tepung. Campak je semua bahan dalam bread maker terus siap. Tak perlu nak penat tangan menguli lagi. Beli kat Shopee pun ada.

Tekstur kuih ni juga sangatlah gebu. Orang kata kalau nak kuih tu jadi gebu, ada tips nya. Anda perlu biarkan tepung mengembang kali pertama dan buang angin dgn cara menumbuk sehingga kempis. Kemudian, bentuk doh dan biarkan tepung mengambang 2 kali ganda sebelum dimasak.

Kuih ini dah cukup mengenyangkan sebab lengkap dengan gandum dan lauk seperti sosej didalamnya. Sesuai sangat buat hidangan sarapan pagi dan minim petang. Jika perlu, anda juga boleh mengasingkan kuih yang siap di goreng tanpa sos. Untuk hidangan anak-anak.

Untuk pengetahuan, resepi yang enak ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nora Affandi. Hasil perkongsian beliau, resepi ini menjadi perhatian ramai dan mendapat 10k share di Facebook. Wow! Terbukti ramai penggemarnya.

 

RESEPI SOSEJ GULUNG BERSOS

So, tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Kalau dah lengkap semua bahan dirumah. Boleh lah anda mencubanya dan hidangkan pada anak-anak. Confirm nak lagi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 400g Tepung gandum
  • 2 sudu makan Yis
  • 2 sudu makan Gula
  • 1 sudu kecil Baking powder
  • 1 gelas Air suam
  • 1/3 gelas Minyak masak
  • Sosej
Bahan-bahan untuk sos :
  • 2 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • Sos cili
  • Sedikit air
  • Gula

CARA PENYEDIAAN SOSEJ GULUNG BERSOS : 
Cara penyediaan roti sosej : 
▶️ Gaulkan tepung gandum, yis, gula dan baking powder sehingga sebati.
▶️ Masukkan air perlahan-lahan sambil uli.
▶️ Kemudian, masukkan minyak, uli sehingga menjadi doh.
▶️ Bila dah jadi doh, gulungkan dengan sosej.
▶️ Kemudian, sedia digoreng menggunakan api sederhana dan toskan.
Cara penyediaan sos : 

▶️ Kisar bawang merah dan bawang putih. Kemudian, tumiskan sehingga naik bau.

▶️ Masukkan sos cili dan sedikit air.

▶️ Kemudian masukkan sedikit gula. Bila dah pekat sikit rupa sosnya, masukkan sosej gulung yang dah digoreng tadi.

▶️ Gaul-gaul sehingga sekata dan boleh masukkan kacang tumbuk. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Butter, Sup Chicken Meatball Dan Ayam Goreng Ala-Ala KFC. Confirm Tak Cari KFC Dah Lepas Ni!

 

Siap untuk dihidang! Wahhh memang sedap sangat makan panas-panas. Bulan Puasa pun dah nak dekat. Musim covid semakin meningkat ni, lebih baik masak dan buat hidangan berbuka puasa sendiri di rumah kan.

Sebelum terlupa. Kalau anak-anak tak tahan dengan sos cili botol biasa. Anda boleh mengurangkan sukatan sos cili dan lebihkan sos tomato. Kot anak-anak masih kecil memamg la tak tahan pedas kan.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan pada Cik Puan Nora Affandi kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Rupanya ada banyak lagi resepi menarik yang beliau kongsi di wall Facebook milik beliau. Dan sering menjadi tarikan ramai. Semoga resepi sosej gulung bersos ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open