Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Tempe, Bilis Dan Kacang Yang Paling Sedap. Boleh Lah Buat Stok Untuk Bulan Puasa Nanti!

0 815

Resepi sambal tempe, bilis dan kacang! Siapa je yang tak suka dengan hidangan simple ni kan. Makan sambal tempe ni dengan nasi putih dan telur mata pun dah cukup. Tahan lama pulak tu. Buat banyak-banyak pun tak cepat rosak. Simpan je dalam peti nanti.

Resepi ni sangat mudah dibuat. Teksturnya rangup. Sebab ikan bilis, tempe & kacang kena goreng dulu sebelum masak dengan sambal. Kalau buat ratah depan tv memang tak sedar habis sebalang dibuatnya.

Nak dapatkan tempe yang garing, anda perlu menghiris tempe senipis yang mungkin. Baru la rasa tak lemau bila di masak dengan sambal nanti. Manakala sambal pulak boleh di masak lebih pedas dengan menggunakan cili kerinting.

Ada juga yang bertanya “kalau ikan bilis yang dah goreng tu tetap lemau, apa caranya?” Ha! Jangan risau. Anda boleh masukkan ikan bilis tersebut ke dalam air fryer. InsyAllah ikan bilis yang lemau tadi akan menjadi lebih rangup.

Resepi sambal tempe yang sedap ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Sharinaz Redwan  juga seorang yang sangat suka berkongsi resepi masakan di Facebook. Rata-rata perkongsian beliau juga menjadi perhatian ramai.

RESEPI SAMBAL TEMPE, BILIS DAN KACANG

Apa bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sambal tempe ni? Susah tak? Sebenarnya tak susah pun. Dan tak memerlukan bahan memasak yang banyak. Jom lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 6 peket tempe (hiris nipis, goreng bagi betul-betul rangup)
  • 2 cawan ikan bilis (cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk dalam air fryer sekejap, insyaAllah akan rangup)
  • 500g kacang (cuci, tos & goreng)

Bahan untuk sambal :
  • 2 senduk cili blend (guna cili kerinting yang pedas lagi)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 ketul gula kabung
  • 4 keping asam keping
  • Garam secukupnya
  • Minyak goreng tempe tadi

CARA PENYEDIAAN SAMBAL TEMPE, BILIS DAN KACANG :

▶️ Tumis bahan blend, dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing.

▶️ Dah siap, tutup api. Biarkan sekejap dan letak garam ikut tekak masing-masing.

▶️ Kemudian, boleh masukkan tempe dan kacang bilis tadi. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Agar-Agar Laici Susu Selasih. Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

 

Fuhhh! Siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm bertambah nasi dibuatnya. Puasa pun dah nak dekat, boleh sangat dah buat stok sambal ikan bilis dalam peti. Lambat masak sahur, boleh makan ni je dengan nasi kan.

Actually, sambal tempe ni boleh dicampur dalam nasi goreng tau. Sedap sangat rasanya. Masak nasi goreng macam biasa je. Lepas tu campur sedikit sambal tempe. Fuhhh confirm nak lagi!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Sharinaz Redwan kerana sudi berkongsi resepi sambal tempe, bilis dan kacang ini untuk kita semua. Ada macam-macam lagi resepi yang beliau kongsikan di wall Facebook beliau. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open