Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Meatball Grill Yang Marvellous. Lengkap Dengan Kentang Putar Dan Sos Gravy Homemade!
Jom kita ramai-ramai cuba resepi meatball grill yang digabung dengan kentang putar dan sos gravy. Cara penyediaan meatball grill ini sangatlah mudah. Cuma perlu menggunakan beberapa jenis bahan sahaja.
Daging yang digunakan adalah meatball jenama ramly, ianya akan digrill dengan menggunakan minyak zaitun. Bila siap dimasak, boleh dihidang bersama kentang putar dan sos cravy.
Kentang putar juga dibuat secara homemade dengan menggunakan ubi kentang yang direbus sehingga lembut, kemudiannya dilenyekkan. Untuk menyedapkan lagi kentang putar wajib buat sos gravy. Barulah lengkap!
Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Nazri Ahmad. Dan hasil perkongsian beliau, pastinya ramai yang ingin mencuba resepi ini. Sesuai dihidang buat anak-anak anda.
Meatball boleh dimasak dengan pelbagai cara contohnya seperti dimasak dengan spaghetti, sup dan boleh juga digoreng begitu saja dan dimakan dengan sos dan juga mayonis.
RESEPI MEATBALL GRILL
Hidangan ala barat ini pasti menjadi kesukaan anak-anak. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang digunkaan dan bagaimana cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan meatball :
- Meatball Ramly
- Minyak zaitun
Bahan kentang putar :
- 3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)
- 1 sudu besar butter
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1/4 sudu teh garam halus
- 3 sudu besar susu full krim
Bahan sos gravy :
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar tepung gandum
- 21/2 cawan air
- 1 ketul kuib pati daging Knorr
- 1/4 cawan susu cair
- 1/2 sudu kecil gula
- Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
- 1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos
CARA PENYEDIAAN MEATBALL GRILL :
Cara penyediaan meatball :
▶️ Grillkan meatball ramly dengan menggunakan minyak zaitun.
Cara penyediaan kentang putar :
▶️ Rebus kentang sehingga empuk. Toskan dan lecek ketika masih panas sampai halus.
▶️ Masukkan butter dan susu cair. Kacau hingga lembut dan licin.
▶️ Tambahkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
Cara penyediaan sos gravy :
▶️ Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sedikit perang.
▶️ Masukkan air, kuib pati daging dan renehkan sebentar.
▶️ Masukkan susu cair, garam, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga rata.
▶️ Renehkan sebentar sehingga kuah hampir pekat. Siap!
BACA JUGA : Resepi Mee Wantan Kicap Dan Dumpling Ayam Homemade. Sedap Sangat Pasti Anda Puas Hati!
Siap masak semua hidangan. Sebelum dimakan, anda perlu hidang ketiga-tiga menu didalam satu pinggan. Campurkan meetball yang telah digrill, kentang putar yang lemak dan sos gravy yang cukup pekat.
Menu yang simple dan sangat sesuai dihidang buat anak-anak. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah macam ni. Anak-anak bosan dirumah dan asyik nak makan je. Menu ini juga cukup mengenyangkan.
Untuk semua ibu-ibu, anda bolehlah ambil idea ini untuk buat kudapan anak-anak bila-bila masa mereka lapar. Semoga resepi meatball grill ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!