Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mee Tomyam Kung Yang Lazat. Kuahnya Pekat Dan Padu Macam Kat Kedai Thai!
Resepi tomyam kali ini ialah mee tomyam kung. Tomyam versi ini mempunyai kuah yang pedas dan juga merah. Seperti yang kita tahu, masakan tomyam merupakan masakan yang berasal daripada Thailand dan pastinya disukai rakyat Malaysia.
Tak kira apa jenis masakan thai, pasti menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Masakan thai cukup terkenal dengan rasa masam, manis dan pedas. Begitu juga dengan hidangan yang akan dikongsikan ini.
Dalam penyediaan mee tomyam kung ini, ayam atau mana-mana seafood yang digunakan perlulah fresh. Supaya kuah yang dimasak nanti terasa sedap dan tidak berbau.
Kali ini tomyam kung akan dimasak dengan menggunakan mee. Dimana mee akan dicelur sekejap untuk menjadikan ia sedikit lembut. Mari kita ikuti resepi mee tomyam kung yang dikongsikan oleh Cik Puan Hana A Razak ini.
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook. Pasti ramai yang tak sabar nak mencuba resepi ini kan? nak gantikan mee kepada mee hoon pun tak menjadi masalah.
RESEPI MEE TOMYAM KUNG
Kalau nak extra pedas dan masam, anda boleh tambahkan cili dan limau. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat cara penyediaan resepi yang cukup lazat dan menyelerakan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Mee (dicelur sekejap)
- 2-3 sudu pes tomyam
- 1 batang carrot
- 2 biji tomato
- 1 biji bawang besar (dipotong 6)
- 2 biji limau kasturi
- Udang
- Fish ball
- Cendawan
- Daun ketumbar
- Garam
- Santan kotak (optional)
CARA PENYEDIAAN MEE TOMYAM KUNG :
▶️ Panaskan periuk, masukkan sedikit air. Masukkan juga pes tomyam. Nak rebus air terus pun boleh.
▶️ Kemudian, masukkan serai yang dititik. Kalau nak masukkan ayam, boleh keringkan air ayam dulu dan masukkan.
▶️ Tambahkan air seperiuk. Ikutlah kuah banyak mana yang anda nak.
▶️ Masukkan bawang besar, masuk terus biar ia mendidih sekali dengan kuah.
▶️ Akar ketumbar jangan dibuang, masukkan sekali untuk sedapkan lagi rasa tomyam.
▶️ Masukkan udang dan fish ball. Kacau seketika.
▶️ Seterusnya, masukkan pula sayur yang anda suka. Confirm, padu tomyam kung anda.
▶️ Lepas kuah mendidih, masukkan carrot dan cendawan.
▶️ Tambahkan limau sebab nak bagi extra masam pada tomyam.
▶️ Perasakan dengan sedikit garam supaya tomyam terasa.
▶️ Masukkan santan, tak nak letak pun takpe. Kalau nak buat tomyam ala siam, masuk dalam 2 sudu santan saja atau ikut kuah banyak mana.
▶️ Terakhir sekali, bila semuanya dah cukup rasa, masukkan tomato. Diikuti dengan udang atau apa saja jenis seafood.
▶️ Tutup api, taburkan daun ketumbar. Siap!
BACA JUGA: Resepi Meatball Grill Yang Marvellous. Lengkap Dengan Kentang Putar Dan Sos Gravy Homemade!
Siap untuk dihidang! Boleh dimakan dengan mee yang telah dicelur tadi. Celur tak perlu lama sebab bila kena kuah tomyam kung nanti mee akan menjadi lembut. Yang paling penting bahan ayam atau seafood wajib segar.
Antara keistimewaan masakan thai adalah bahan rempah yang digunakan semuanya dari bahan yang segar, contohnya halia, lengkuas, daun limau purut dan macam-macam lagi.
Jarang orang melayu tak gemar dengan masakan thai ni. Kalau nak cuba tomyam kung macam kat kedai boleh cuba resepi ni. Semoga resepi mee tomyam kung ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!