Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Marble Jelita Yang Simple Dan Mudah! Guna Sukatan Cawan Jer Semua Orang Boleh Cuba!
Kalau bulan puasa memang wajib setiap hari ada sediakan kek untuk dimakan selepas solat isyak dan tarawih. Bak kata orang sebagai moreh!
Tak kira lah kek apa sekalipun, baik kek marble, kek batik, kek span, kek oren pun boleh buat untuk dihidangkan. Tapi nak makan kek ni bila-bila pun boleh. Buat untuk hidangan minum petang sesuai.
Jika ada orang datang ke rumah, sesuai juga dihidangkan untuk tetamu. Kena dengan semua situasi, itulah menjadi sebab kena belajar buat kek sendiri sahaja di rumah.
Nak buat kek marble ni, sangat-sangat senang! Untuk yang pertama kali cuba pun boleh buat dan confirm menjadi!
Resepi dari Cik Puan Fatimah Saari ni, snagat membantu untuk kita beginner yang baru nak belajar buat kek yang mudah dan simple macam kek marble jelita ni.
RESEPI KEK MARBLE JELITA
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 cawan tepung self raising ( anggaran 230 gm)
- 1 cawan gula ( 100 gm )
- 5 buji telur Gred A atau 6 biji jika Gred B
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar ovellet
- ¾ cawan minyak jagung ( 100 gm ) atau butter cair
- Pewarna makanan (jika ada)
CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE JELITA :
▶ Mula-mula sekali campurkan tepung self raising, gula, telur, esen vanilla dan ovelatte dalam satu mangkuk besar.
▶ Pukul semua bahan ni sehingga gebu dan kembang elok.
▶ Bila semua bahan dah dipukul gebu, masukkan minyak jagung atau butte ryang dicairkan tu. Kaup balikkan supaya semua bahan sebati.
▶ Bahan dah sebati, bahagikan kepada beberapa bekas untuk warnakan. Boleh guna beberapa warna yang ada.
▶ Warna setiap satu adunan. Dan masukkan dalam Loyang. Boleh masukkan tompok-tompok, atau masukkan semua sekali secara berperingkat mengikut susunan warna. Ikut kreativit masing-masing ya.
BACA JUGA: Resepi Blueberry Cheesecake Sedap Tak Muak! Teruja Kek Menjadi Dengan Follow Resepi Mudah!
▶ Sebelum masukkan adunan dalam Loyang, pastikan oles dulu Loyang dengan marjering atau minyak. Boleh juga gunakan baking paper.
▶ Adunan dah dimasukkan hentak- hentakkan sedikit supaya kita padat.
▶ Corakkan kek kita menggunakan lidi atau batang chopstick.
▶ Panaskan oven. Kemudian bakar kek kita dengan suhu 140 darjah Celsius selama 10 minit. Dan suhu 150 darjah Celsius selama 50 minit berikutnya.
▶ Walaubagaimana pun, bergantung kepada jenis oven masing-masing.
Selamat mencuba!
Bila kita tahu cara nak buat kek marble jelita ni, senanglah bila tiba-tiba nak hidangkan sesuatu. Masukkan je semua bahan, pukul dan terus bakar. Semua bahan pulak sentiasa ada dekat rumah lagi memudahkan urusan kita.
Walaupun tak semua orang berani nak buat kek, takut tak menjadi. Boleh cuba untuk buat kek marble jelita ni. Bukan hanya sedap dimakan, bahkan warna dan corak yang kita buat di atas adunan tu menghasilkan corak yang cantik di atas kek kita.
Kek yang dah masak, terbalikkan atas redai untuk mendapatkan effect yang cantik! Kepada yang nak mencuba, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!