Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Bengkang Ubi Kayu Lembut Dan Sedap. Resepi Dari Kampung!

bingka ubi kayu mudah dan sedap
0 2,929

Antara makan yang wajib ada kalau di kampung. Mak ayah kita memang suka betul makanan yang satu ini. Apa lagi, kalau bukan bengkang ubi kayu.

Ubi kayu antara benda yang paling banyak boleh buat makanan. Daripada ubi kayu boleh buat bengkang, boleh buat kuit talam, lepat ubi kayu, pengat dan sebagainya.. kalau duduk kampung kan memang rajin lah nenek kita buatkan.

Tapi kalau di tempat kita ni jarang sikit yang suka. Kalau lihat di gerai makcik-makcik yang menjual pun, jarang nak jumpa kuih yang menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama. Yang biasa ada, kuih lapis, kuih karipap, roti jala, cucur badak , kuih sampan atau kuih ketayap sahaja.

Oleh itu, saya nak kongsikan resepi bengkang ubi kayu yang dishare oleh Cik Puan Liza Rahman ni. Saya rasa mudah je nak buat bengkang ubi kayu ni sebab semua bahan yang digunakan pun mudah nak dapat.

Paling penting bila membuat pemilihan resepi, haruslah mencari resepi yan lengkap dan detail. Supaya mudah untuk orang yang baru nak belajar buat ni dapat ikut step by step yang dikongsikan.

 

RESEPI BENGKANG UBI KAYU

Nak hasilkan bengkang ubi kayu ni ada beberapa cara., Sebelum ni saya pernah jumpa versi yang sedikit berbeza. Namun dalam resepi ini cara yang dikongsikan adalah lebih mudah dan senang nak faham.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ubi kayu ( ½ balang blender )
  • 1 cawan gula
  • 1 kotak kecil santan atau santan segar
  • ½ cawan air
  • 3 sudu minyak masak
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN BENGKANG UBI KAYU :

▶ Mula-mula sekali kisar semua bahan sehingga hancur dan sebati.

▶ Sampai tekstur bahan menjadi halus.

▶ Sediakan loyang, oles loyang menggunakan minyak dan lapikkan dengan baking paper supaya mudah untuk keluarkan.

▶ Tuang adunan dalam loyang dan bakar dengan suhu 180‘c selama 35 minit.

▶ Oh ya! Itu jika dibakar menggunakan air fryer tau. Namun, kalau gunakan oven biasa bakar sehingga 45 minit menggunakan api atas bawah.

▶ Bila dah siap, sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Ayam Masak Ungkep Versi Sempoi. Sekali Cuba Terus Menjadi!

Waah! Dah siap kuih bengkang ubi kayu kita.  Sedap dimakan ketika masih suam. Kuih bengkang ubi ni bolehlah korang cuba buat dan hidangkan untuk makan pagi ataupun minum petang.

Serious sedap dan menjadi bila buat follow resepi ini. Sebab arahan yang mudah, dan jelas bahan-bahannya. Kalau sekarang buat kuih ni, memang teringat lah di kampung sana.

Doakan supaya pendemik kita ni cepat-cepat habis dan bolehlah kita berjumpa orang tua di kampung. Hidangkan makanan sedap-sedap buat mereka dan luangkan masa bersama.

Untuk yang baru nak try resepi bengkang ubi kayu ni saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open