Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mee Wantan Kicap Bersama Dumpling Ayam Homemade. Sedap Sangat Pasti Anda Puas Hati!

0 797

Satu lagi masakan masyarakat cina iaitu mee wantan. Pasti ramai penggemar resepi ini kan? Pernah tak anda mencuba resepi mee wantan kicap bersama dumpling ayam? Kalau tak perdah cuba lagi, jom ikuti kupasan resepi ini disini.

Mee wantan yang akan dikongsikan hari ini digabungkan dengan hidangan dumpling ayam yang diperbuat dari kulit wantan frozen. Cara penyediaannya sangatlah mudah, pasti anda semua mampu membuatnya sendiri dirumah.

Mee wantan perlu dicelur terlebih dahulu sebelum disiram dengan kuah kicap dan dumpling ayam. Dumpling ayam pula akan digoreng garing dan dimakan bersama mee wantan yang siap dengan kuah kicapnya.

Mee wantan boleh dipelbagaikan cara masaknya. Tapi, kali ini mari kita ikuti resepi mee wantan kicap dan dumpling ayam yang dikongsikan oleh Cik Puan Puteri Hana Sofia melalui laman facebooknya.

Rasa tak sabar nak mencubanya. Sebab dilihat pada gambar saja sudah cukup menyelerakan. Kepada yang tak gemar makan nasi waktu malam, apa kata anda cuba resepi ini. Sedap tau!

 

RESEPI MEE WANTAN KICAP BERSAMA DUMPLING AYAM

Nak tahu bagaimana cara penyediaan kedua-dua hidangan istimewa ini? Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara memasaknya. Pasti cuba sekali, terasa nak lagi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan mee wantan kicap :
  • Mee wantan (dicelur sekejap)
  • Sayur sawi (dicelur sekejap)
  • Isi ayam bahagian dada (digoreng)
  • Udang (digoreng)
  • Halia (dihiris)
  • Caroot (dicincang)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang holland (dicincang)
  • Cili padi (gantikan Lada hitam)
  • 1 sudu Sos seafood/Tiram
  • 1 sudu Minyak bijan
  • 1 sudu kecil Kicap pekat
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu Serbuk pati ayam
  • Bancuhan air Tepung jagung (pekatkan kuah)

Bahan-bahan dumpling ayam :
  • Kulit wantan frozen
  • Isi ayam (dicincang)
  • Caroot (dihiris)
  • Cili padi (gantikan lada hitam)
  • 1 sudu sos seafood
  • 1 sudu serbuk paprika
  • 1 sudu oregano
  • Halia (dicincang)
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • 1 sudu serbuk kayu manis (ikut selera masing-masing)
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN MEE WANTAN KICAP BERSAMA DUMPLING AYAM :
Cara penyediaan kuah kicap :

▶️ Tumis bawang putih, bawang holland sehingga kekuningan dan titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, cili padi, kicap manis dan kicap pekat.

▶️ Kemudian, perasakan garam dan secukup rasa.

▶️ Masukkan air bancuhan tepung jagung, kuahnya biar agak pekat sikit. Masak sehingga kuah mendidih. Tutup api.

 

Cara penyediaan dumpling ayam :

▶️ Satukan ke semua bahan dumpling ayam kecuali kulit wantan. Gaul sampai rata dan ketepikan.

▶️ Masukkan inti dumpling ayam atas kulit wantan dan kemaskan ikut creativity masing-masing.

▶️ Panaskan minyak dan goreng sampai warna keemasan. Tos dan ketepikan.

Cara Penyediaan mee wantan kicap :

▶️ Masukkan mee wantan yang telah ditos tadi ke dalam mangkuk.

▶️ Gaulkan dengan sedikit kuah kicap. Kemudian tuang dalam mangkuk.

▶️ Ayam yang digoreng tadi, dihiris nipis susun di atas mee bersama sayur dan udang.

▶️ Akhir sekali, tuang sedikit kuah kicap tadi. Hiaskan hidangan dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Pencuci Mulut Yang Simple Dan Sedap “Puding Kastard Mangga Dan Nata De Coco”. Mudah Je Buatnya, Anda Wajib Cuba!

 

Siap untuk dihidang! Isi ayam dan juga udang tadi cuma perlu digoreng biasa sahaja. Kemudiannya, di campur dengan mee wantan dan juga kuah kicap.

Penyediaan mee wantan dalam masakan sangat popular di Hong Kong, Singapore, Malaysia dan Indonisia. Ianya boleh dimasak pelbagai cara. Kalau terasa tekak nak makan menu mee wantan kicap boleh follow resepi ini.

Resepi dah ada tersedia. Nak cari menu lain pun boleh follow resepi yang dikongsikan diblog ini. Semoga resepi mee wantan kicap bersama dumpling ayam ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open