Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Chili Butterclams, Beef Macaroni Cheese Dan Garlic Bread Homemade. Ala-Ala Two Sons Bistro Gitu!
Siapa pernah makan kat Two sons bistro? Mesti pernah try makan garlic bread dia kan. Ha, kali ni kita nak try resepi chili butterclams, beef macaroni cheese dan garlic bread ala Two sons bistro ni kat rumah. Memang sedap weh! Buat sendiri lagi puas hati.
Hidangan ni merupakan makanan western yang mendapat perhatian ramai. Tengok dari gambar dan nama je kita dah terliur. Yang biasa makan garlic bread dengan mushroom soup wajib try hidangan ni kat rumah. Confirm korang suka.
Bila nampak je makanan western macam ni mesti korang rasa mahal kan. Lebih baik buat sendiri. Follow je resepi dia kat sini. Bahan-bahan masakan yang diperlukan semua mampu milik dan mudah nak dapat kat pasaraya.
Resepi chili butterclams, beef macaroni cheese dan garlic bread ala Two sons bistro ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Atika Nazirah. Jimat duit poket korang lepas ni. Tak payah nak bayar mahal-mahal lagi.
Kalau dah makan beef macaroni kenalah gabungkan dengan chili buttercalms barulah padu. Kelazatan kuah dari chili buttercalms digabungkan dengan garlic bread sebagai penutup. Confirm terangkat lah dibuatnya!
RESEPI CHILI BUTTERCLAMS, BEEF MACARONI CHEESE DAN GARLIC BREAD
Tanpa buang masa, apa kata kita lihat satu persatu resepi 3 hidangan istimewa ni kat sini. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah. Jangan lupa beli mantou. Boleh goreng dan makan panas-panas dengan chili butterclams nanti. Sedap!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk butterclams :
- Bawang putih (dihiris)
- Daun kari
- Salted butter
- Kiub pati ayam
- Cooking cream
- Blackpapper
- Parsley
- Serbuk paprika
- Cili flakes
- Clams
- Garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk beef macaroni cheese :
- 400g pasta makaroni
- Salted butter
- 7 ulas bwg putih
- 1/2 biji bwg holland
- 1/2 btg lobak merah (optional)
- Cooking cream
- Mushroom tin
- 350g daging cincang
- 1 kiub pati lembu
- Blackpapper
- Oregano
- Parsley
- Tepung 2 sudu (untuk pekatkan kuah)
- garam secukup rasa
- Mozarella cheese/ cheese slice
Bahan-bahan untuk garlic bread :
- Roti sosej (tak kisah jenama apa)
- Garlic butter
- Olive oil
CARA PENYEDIAAN CHILI BUTTERCLAMS :
▶️ First sekali, tumiskan butter bersama daun kari dan bawang putih.
▶️ Bila bawang dah perang boleh masukkan cooking cream.
▶️ Bila dah mendidih tu, boleh masukkan kiub pati ayam, parsley, blackpapper, paprika & chilli flakes.
▶️ Gaul-gaul bagi sebati, kemudian masukkan clams. Untuk kuah ni kalau boleh kena rasa pedas-pedas sikit. Baru sedap!
▶️ Last sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila kuah dah masak. Boleh la korang goreng mantou.
CARA PENYEDIAAN BEEF MACARONI CHEESE :
▶️ First sekali rebus macaroni, tos & sejukkan.
▶️ Panaskan kuali, masukkan butter bersama bawang holland & bawang putih. Kacau bagi sampai garing.
▶️ Kemudian, masukkan daging cincang bersama mushroom dalam tin. Mushroom kena cincang-cincang kasar.
▶️ Bila daging dah masak boleh la letak carrot yang dipotong cincang tadi.
▶️ Kemudian masukkan cooking cream bersama 1 kiub pati lembu, blackpapper, parsley, oregano. Kacau-kacau semuanya sampai sebati.
▶️ Masukkan 2 sudu tepung gandum bersama sedikit air. Kacau-kacau bubuh kedalam kuah tadi.
▶️ Perasa dengan garam secukup rasa.
▶️ Masukkan macaroni ke dalam kuah yang kita masak tadi, gaul-gaul semua bagi sebati.
▶️ Last sekali boleh la bakar bersama mozarella cheese. Bakar suhu 190 selama 15 minit atau cheese keperangan.
CARA PENYEDIAAN GARLIC BREAD :
▶️ Sapu loyang dengan butter.
▶️ Potong roti serong-serong, sapu garlic butter.
▶️ Susun-susun dalam loyang. Renjis dengan olive oil.
▶️ Bakar suhu 180 sampai roti garing. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kapurung Orang Sabah. Makan Dengan Cili Padi Blend Dan Perahan Limau Memang Sedap!
Dah siap pun 3 hidangan istimewa kita ni. Sesuai untuk hidangan makan malam. Kalau makan kat bistro dah tentu-tentu mahal sikit sebab clams susah nak jumpa ye. Nah, yang craving save siap-siap resepi ni. Bila-bila masa boleh buat.
Lepas ni tak perlu lagi nak bazirkan duit makan di restaurant yang mahal. Masak sendiri lagi puas hati dan tak perlu buang masa nak ke destinasi yang jauh untuk memburu makanan lazat. Kat rumah Nak Makan bertambah pun tak malu.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Atika Nazirah kerana sudi berkongsi resepi chili butterclams, beef macaroni cheese dan garlic bread ala Two sons bistro ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!