Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kapurung Orang Sabah. Makan Dengan Cili Padi Blend Dan Perahan Limau Memang Sedap!
Haaa, ni dia hidangan istimewa dari Sabah yang wajib korang cuba kat rumah. Dulu masa belajar, kat asrama pun kita orang akan curi-curi masak kapurung ni. Sebab dah ketagih nak makan. Sedap weh! Jom try resepi Kapurung orang Sabah ni.
Kapurung adalah salah satu makanan khas tradisional di Sulawesi. Begitu jugak di Tawau Sabah. Makanan ni dibuat dari sari atau tepung sagu. Diimasak pulak dengan campuran ikan atau daging ayam dan aneka sayuran yang berkhasiat.
Selain ditemukan di warung-warung khusus di Makassar. Kapuring juga telah masuk ke beberapa restoran, bersanding dengan makanan modern. Di Sabah pulak, kapurung ni sering dijadikan hidangan istimewa di majlis dan sambutan hari raya.
Sekali sekala cuba masakan Borneo kat negeri sendiri apa salahnya. Masak guna ikan sardin tin je. Lagi senang. Tapi kena ambil sardin perisa pedas ye. Tak perlu nak siang dan rebus ikan bagai. Jimat masa, jimat tenaga.
Resepi kapurung orang Sabah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Dayang Zainuriah Amn. Ramai giler penggemar hidangan istimewa Makassar dan Sabah ni. Kat Facebook je dah hampir 11k perkongsian.
RESEPI KAPURUNG ORANG SABAH
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan kapurung orang Sabah ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Jagung (disagat)
- Kangkung
- Kacang panjang
- Jantung pisang
- Ikan bilis
- Kacang tanah
- Ikan sardin dalam tin (Pedas)
CARA PENYEDIAAN KAPURUNG ORANG SABAH :
▶️ Mula-mula, goreng ikan bilis & kacang tanah. Toskan dan blender kasar.
▶️ Renehkan air dalam periuk, masukan jagung yang dah disagat, kacang panjang, kangkung dan jantung pisang. Rebus hingga masak.
▶️ Kemudian, masukkan ikan sardin, kacang tanah dan ikan bilis yang dah diblend.
▶️ Perasakan dengan aji dan garam. Siap!
BACA JUGA : Resepi Lempeng Pisang Kurma Bersama Madu. Elok Sangat Untuk Orang Berpantang!
Dah siap pun kapurung kita. Makan kapurung ni dengan cili padi blend dan perah limau lagi sedap ye. Buat kan ambuyat sekali dalam periuk asing. Boleh la makan kapurung ni sekali dengan ambuyat. Sedap tau!
Ada yang tanya, sedap tak ambuyat tu. Ambuyat ni tak boleh makan macam tu je. Takde rasa! Memang ramai yang tak pernah dengar dan tengok ambuyat ni, tapi korang tahu tak makanan ni selalu gantikan nasi di sesetengah tempat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Dayang Zainuriah Amn kerana sudi berkongsi resepi kapurung orang Sabah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!