Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Popia Sira Untuk Kudapan Di Rumah. Tak Sedar Habis Sebalang Dibuatnya!

0 93

Yang ada masa free boleh la try resepi popia sira ni kat rumah. Buat banyak-banyak popia sira ni untuk kudapan sambil tengok movie mesti syok kan. Tak sedar habis sebalang dibuatnya. 

Popia sira ni boleh dibuat besar dan kecil. Popia sira besar, biasanya diletak inti sayur di dalamnya. Teksturnya pulak rangup di luar dan lembut di dalam. Sesuai sangat buat hidangan minum petang.

Sebut pasal popia sira, mesti ramai penggemarnya. Boleh buat banyak-banyak dan simpan popia sira ni dalam bekas kedap udara. Boleh makan untuk hilang ngantuk time study atau buat kerja kat office. 

Resepi popia sira ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Nur Idayu. Tersangatlah mudah buat popia sira ni. Lepas ni tak order kat luar dah. Lagi jimat buat sendiri kat rumah. 

Rasa popia sira ni sedikit pedas manis. Tak rekomen bagi anak-anak makan. Hujung minggu ni boleh la buat stok popia sira ni kat rumah. Boleh bawak pegi office untuk buat kunyah-kunyah nanti.

 

RESEPI POPIA SIRA  

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan popia sira ni. Step memasak jugak seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Kulit popiah 1 paket (40 keping)
  • Bancuhan tepung gandum (untuk gam)
  • Cili blender 3 sudu besar
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Cuka 1 sudu besar
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Gula 4 sudu
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN POPIA SIRA :

▶️ Gulung kulit popiah dan gunting macam dalam gambar.

▶️ Goreng dalam minyak banyak sehingga perang.

▶️ Tos dan biar kan sejuk suhu bilik.

▶️ Cara buat Sira. Panaskan minyak, tumis cili blender sehingga naik minya atau garing.

▶️ Masukkan cuka dan cili sos.

▶️ Masukkan gula dan kacau. Tutup api.

▶️ Gaulkan popiah dengan sira. Dah siap!

▶️ Tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara.

 

BACA JUGA : Resepi Kaya Ball Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Buat Guna Acuan Takoyaki Sahaja!

 

Nak buat popia sira ni tak susah mana pun. Yang penting ada kerajinan je. Takut bosan nak menggulung & menggunting kulit popia je nanti. Apa kata korang ajak anak-anak korang buat nanti. Mesti seronok!

Makan popia sira ni memang boleh leka dibuatnya. Sedap, rangup dan boleh hilangkan ngantuk. Lagi-lagi time study atau buat kerja office. Sambil-sambil buat kerja boleh la ngunyah. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Nur Idayu kerana sudi berkongsi resepi popia sira yang rangup dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open