Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Lepat Ubi Dan Bako Ubi Yang Sedap. Resepi Uwan Dari Kampung!

0 3,991

Petang-petang kalau di kampung, sambal duduk di halaman, sedap juga dapat makan lepat ubi dan bako ubi kan? Biasanya kalau rasa nak makan, dekat kampung seronok lah. Dengan sepoi-sepoi angin kampung.

Perkongsian daripada sahabat facebook kita SuiSan ni betul-betul membantu kita yang baru nak belajar masak lepat ubi dan bako ubi.  Dapat pula resepi warisan dari uwan dari kampung! Pasti ummmph lah rasanya..

 

RESEPI BAKO UBI

Untuk buat kuih bako ni, kita perlukan dua lapisan iaitu lapisan atas dan lapisan bawah. Jom kita buat lapisan bawah dahulu.

 

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Ubi kayu (agak-agak dalam 2 buku)
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Air suam

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN BAWAH :

▶ Bersihkan ubi kayu. Ubi kayu ni sebaiknya ambik yang fresh tau. Kalau guna yang dah lama atau dah masuk angin sebab nanti kuih kita akan jadi pahit.

▶ Parut ubi menggunakan mesin kelapa.

▶ Kemudian, perah air ubi menggunakan tuala bersih. Asingkan air dengan ubi tersebut. (Air ubi yang diasingkan tadi akan berkanju. Kanji ubi tu ambil yang putih dalam satu sudu)

▶ Larutkan gula merah, gula pasir dengan air suam. Ikut tahapa kemanisan yang kita suka.

▶ Masukkan air gula tadi ke dalam ubi yang siap diperah. Gaul sebati.

BACA JUGA: Cara Buat Roti Putih Yang Lembut Dan Sedap. Resepi Mudah Comfirm Jadi!

▶ Kemudian, masukkan janji ubi satu sudu. Gaulkan sehingga mesra. Tak perlu pakai tepung ubi dah untuk lapisan bawah sebab kita dah guna kanji ubi tadi.

▶ Sediakan talam. Ratakan ubi dalam talam. Jangan terlalu tepal dan jangan nipis sangat.

▶ Seterusnya, kukus lebih kurang 25 minit atau sehingga masak.

**ubi yang telah masak, akan bertukar menjadi warna coklat pekat.

 

BAHAGIAN ATAS (KEPALA)

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 biji kelapa parut. Perah dan ambil pati santan 2 cawan
  • 3 sudu makan tepung gandum

 

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN KEPALA BAKO :

▶ Gaulkan santan dengan tepung gandum.

▶ Kemudian, masukkan 1 sudu kecil garam halus. Gaul sebati untuk rasa lemak-lemak masin.

▶ Tapis. Supaya santan nampak lebih kemas.

▶ Seterusnya, tuangkan ke dalam ubi yang telah dikukus tadi dan kukus selama 15 hingga 20 minit.

▶ Agak-agak santan dan berkepala manja. Angkat dan sejukkan.

▶ Boleh makan panas-panas atau nak tunggu sejuk sikit pun taka da masalah.

 

** Bahagian kepala bako ni ada yang gunakan tepung beras. Tapi tip dari uwan, sebaiknya guna tepung gandum sebab bahagian atas dia akan kekal berkepala. Jka tepung beras bila dah sejuk dia akan sedikit cair.

CARA PENYEDIAAN LEPAT UBI :

▶ Cara pembuatan bahannya adalah sama sahaja seperti bako. Cuma tiada bahagian atas dan bawahnya.

▶ Setelah dimasukkan kanji ubi dan digaul rata, bolehlah sediakan daun pisang. Daun pisang layur sebentar atas api ye.

▶ Ambil dalam 2 sudu, dan masukkan dalam daun pisang.

▶ Ratakan dan lipat kemas-kemas atas dan bawah.

▶ Kukus semula dalam 20 hingga 25 mini mengikut gas masing-masing.

Wah! Senang sangat resepi nak buat bako dan lepat ubi ni sebenarnya. Tapi yelah, kadang-kadang dah balik kampung saje lah nak rasa air tangan uwan kan. Lebih sedap dan terasa kasih sayangnya. Hehe

Kepada yang nak belajar ikut resepi uwan ni, silakan. Jangan lupa sharekan dekat facebook ye supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaat yang sama.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open