Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Soondubu Jigae Atau Tofu Beef Stew Homemade. Pengemar Masakan Korea, Wajib Cuba Resepi Ni!
Ada penggemar makanan Korea disini? Apa kata kita ikuti satu perkongsian resepi yang sangat terkenal di Korea iaitu resepi soondubu jigae atau tofu beef stew. Sedap sangat dihirup kuahnya ketika panas-panas. Jom cuba!
Soondubu membawa maksud tauhu lembut manakala Jigae pula adalah sup pedas dan masam. Resepi ini menggunakan pes gochujung yang seakan-akan pes cili merah. Kebanyakkan orang Korea akan menggunakan pes ini dalam masakan mereka.
Pes gochujung ini boleh dibeli secara online seperti di shopee. Begitu juga dengan bahan masakan Korea yang lainnya, anda boleh dapati semua bahan memasak dengan mudah di shopee.
Pes gochujung Soondubu jigae ini sangat sedap dimakan dengan lauk yang banyak dan wajib menggunakan cendawan enoki. Barulah lagi sedap hidangan kita tu! Resepi ini boleh kita ikuti cara penyediaannya dari Cik Puan Nur Fairuza di Facebook.
Seperti yang kita tahu, kebanyakkan orang Malaysia, sangat-sangat gemar dengan masakan Korea. Sehinggakan hampir semua restoran Korea ini dipenuhi oleh ramai orang dihujung minggu.
RESEPI SOONDUBU JIGAE ATAU TOFU BEEF STEW HOMEMADE
Sukatan resepi ini adalah untuk 2 orang makan. Boleh dilebihkan ikut bilangan orang yang menjamunya. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita ikuti step by step cara penyediaannya disini. Confirm puasa hati dengan hasilnya!
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
- Halia sikit (tumbuk halus)
- 1/2 kiub pti ikan bilis
- 1 sudu makan pes gochujang
- Daging (dihiris nipis atau boleh beli yang dah siap dihiris)
- Tofu jepun lembut
- Cendawan enoki
- Garam
CARA PENYEDIAAN SOONDUBU JIGAE ATAU TOFU BEEF STEW HOMEMADE :
▶️ Tumis bahan tumbuk iaitu bawang putih dan halia dengan sedikit minyak.
▶️ Tak perlu garing. Lepas tu masukkan pes gochujang. Memang akan berketul-ketul. Kacau je seketika.
▶️ Masukkan secawan air yang penuh atau ikut suka nak cair ataupun pekat. Kacau sampai pes larut.
▶️ Kemudian, masukkan kiub pati ikan bilis.
▶️ Masukkan pula cendawan enoki, daging dan tofu. Buka api kuat sekejap. Sambil tu letak garam. Tak perlu letak banyak garam sebab pes dah berperisa.
▶️ Bila dah agak menggelegak atau daging dah masak, terus tutup api.
▶️ Taburkan daun bawang yang dihiris dan juga biji bijan. Siap!
BACA JUGA: Resepi Simple Mango Shake Leleh Matpet Yang Sedap Dan Padu. Tengok Pun Dah Terliur!
Mudah je kan sebenarnya. Memang sedap! Makan time hujan-hujan lagi layan. Boleh juga pecahkan telur di dalamnya kalau anda suka. Makan dengan nasi ala-ala Korea pun syok tau!
Hasil perkongsian Cik Puan Fairuza, sebanyak 14k share yang kita dapat lihat di Facebook. Ramai juga yang meninggalkan tanda like pada resepi asal dari Korea ini. Harga pes pun yang dijual di Shopee pun murah, lebih kurang RM 12.90 je.
Penggemar masakan Korea, apa tunggu lagi. Dah boleh buka shopee dan belilah pes ni. Barang dah sampai nanti, terus je cuba resepi soondubu jigae atau tofu beef stew ni kat rumah. Boleh layan dengan movie Korea sekali. Selamat mencuba!