Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Linguine Aglio Olio Ayam. Masakan Itali Yang Mudah Dan Pastinya Enak!

0 1,264

Pernah tak anda mencuba resepi linguine aglio olio ayam? Sudah pasti hidangan ini menjadi kesukaan ramai. Cara memasak linguine aglio olio ini sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan bahan yang banyak.

Untuk pengetahuan anda, aglio olio ini merupakan makanan tradisional orang Itali. Dalam bahasa Itali, ‘aglio’ membawa maksud ‘bawang putih’, manakala ‘olio’ pula membawa maksud ‘minyak’ iaitu minyak olive oil yang digunakan dalam masakan tersebut.

Ini bermaksud kedua-dua bahan tersebut merupakan ramuan utama dalam masakan ini. Resepi ini tidak sama seperti spaghetti yang biasa kerana ianya kering dan mempunyai rasa yang unik.

Resepi aglio olio kali ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Fad Kadeen. Resepi aglio olio ini tidak menggunakan pasta spaghetti tetapi akan menggunakan pasta linguine. Iaitu sejenis pasta yang berbentuk nipis, panjang dan rata.

Selalunya, aglio olio boleh digabungkan dengan seafood seperti udang dan kepah. Tapi kalau anda alahan pada seafood jangan risau resepi aglio olio yang dikongsikan ini hanya menggunakan ayam sahaja.

 

RESEPI LINGUINE AGLIO OLIO AYAM

Resepi ini boleh dipelbagaikan, anda boleh saja menggunakan seafood. Tetapi untuk resepi yang menggunakan ayam, anda boleh follow cara penyediaan aglio olio versi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 packed Linguine (direbus dan boleh pilih pasta pilihan anda)
  • 7-10 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • 2 biji Capsicums/lada benggala (potong panjang)
  • 2 ketul dada ayam (diperap)
  • 2 sudu besar Serbuk ikan bilis
  • 3 sudu besar Lada hitam
  • Garam (secukup rasa)
  • Olive oil atau minyak biasa

CARA PENYEDIAAN LINGUINE AGLIO OLIO AYAM :

▶️ Mula-mula sekali perap ayam. Dada ayam dipotong nipis. Lalu diperap dengan sedikit lada hitam dan sedikit serbuk paprika.

▶️ Panaskan kuali. Masukkan sedikit olive oil dan bawang putih. Tak ada olive oil pakai je minyak biasa.

▶️ Setelah bawang putih naik bau, masuk lada hitam. Kemudian, masukkan bawang holland dan capsicums.

▶️ Masak bawang holland dan capsicums hingga lemau sedikit, barulah masukkan ayam yang dah diperap.

▶️ Lepas ayam dah masak, masukkan pasta yang telah dimasak dengan air. Lalu kacau semua bahan dalam kuali.

▶️ Akhir sekali, letak serbuk ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacaukan hingga sebati dan siap.

 

BACA JUGA: Resepi Kole Kacang Lemak Manis Sukatan Cawan Je. Sedap Sangat Buat Menu Minum Petang!

 

Siap! Boleh dihidang dan makan bersama keluarga tersayang. Western food in the house! Sesekali ubah selera berbuka puasa dengan makan ala-ala barat tak salah kan.

Penggemar spaghetti boleh mencuba resepi ini. Pastinya mudah dan enak. Bila terasa tak nak makan nasi tu, bolehlah buat hidangan ni. Anda boleh je guna pasta lain selain linguine.

Semoga resepi linguine aglio olio ayam ini bermanfaat kepada anda semua. Nak tahu sejauh mana keenakan resepi ini, anda wajib mencubanya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open