Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Cekodok Pisang Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam. Sekali Hidang Cepat Je Habis!

0 566

Dah fikir nak buat minum petang apa hari ni? Apa kata kita buat cekodok pisang yang rangup di luar dan gebu di dalam. Confirm laju je habis! Cekodok pisang juga antara menu paling mudah dibuat dan sesuai dihidang bila-bila masa sahaja.

Sudah pasti cekodok antara kuih lagend yang ramai penggemarnya. Cara memasaknya juga ada pelbagai cara. Selain menggunakan pisang, cekodok juga boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan yang lain seperti udang, bawang dan macam-macam lagi.

Seperti yang kita tahu, cekodok biasanya akan dimasak menggunakan tepung gandum. Tetapi untuk resepi yang dikongsikan hari ini, cekodok akan dicampurkan dengan tepung beras untuk mendapatkan tekstur cekodok yang rangup diluar.

Itulah disebalik rahsia keenakan cekodok pisang yang dikongsikan oleh Cik Puan Khadijah Jaafar. Pasti anda juga tertarik dengan hasilnya! Cekodok juga bukan hanya mudah dibuat, tapi juga cepat dan murah.

Bahan memasak yang digunakan dalam penyediaan cekodok ini juga hanyalah memerlukan 5 bahan sahaja. Yang mana dua antara bahannya adalah gabungan antara tepung gandum dan juga tepung beras.

 

RESEPI CEKODOK PISANG

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Untuk penggunaan pisang, anda boleh menggunakan apa saja jenis pisang yang anda suka yang penting ianya manis dan boleh dibuat cekodok.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 500 gram pisang
  • 80 gram tepung gandum
  • 80 gram tepung beras
  • 1/4sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN CEKODOK PISANG YANG RANGUP DI LUAR, GEBU DI DALAM :

▶️ Lenyekkan pisang sehingga hancur.

▶️ Masukkan semua bahan.

▶️ Kacau hingga semuanya sebati.

▶️ Panaskan kuali. Untuk dapatkan saiz cekodok yang bulat dan comel, boleh gunakan tangan sahaja.

▶️ Kemudian, balik-balikkan cekodok sehingga masak sekata. Guna kuali legend lagi power masaknya.

▶️ Siap untuk dihidangkan panas-panas dengan minuman kegemaran anda.

 

BACA JUGA: Resepi Soondubu Jigae Atau Tofu Beef Stew Homemade. Pengemar Masakan Korea, Wajib Cuba Resepi Ni!

 

Mudahkan nak buat cekodok ni. Dah siap nanti bolehlah hidang dengan kopi atau teh panas! Petang-petang makan cekodok pisang dah menjadi kebiasaan orang ramai. Daripada membelinya diluar, lebih baik buat sendiri.

Nampak gebu je bahagian dalam cekodok ni. Kalau nak cekodok pisang kita ni nampak membulat dengan cantik, bolehlah ditambah dengan bikarbonat. Nanti cekodok akan membulat dan mengembang dengan elok.

Kalau dah bosan makan pisang goreng, kita tukar pula masak cekodok pisang macam ni. Sedap tau! Semoga resepi cekodok pisang yang rangup di luar dan gebu di dalam ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open