Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Perap Ikan Bakar Campur Petai. Buat Sekali Air Asam Lagi Sedap Nak Makan Nanti!

0 54

Nah, resepi untuk korang yang suka makan ikan bakar. Guna je sambal perapan ni. Sedap weh! Lagi sedap dari korang makan ikan bakar kat kedai. Jom follow resepi sambal perap ikan bakar campur petai ni. Confirm tak cari resepi lain lagi.

Kesedapan dan keenakan ikan bakar ni bergantung kepada bahan perapannya. Kalau ada sambal perap macam ni dah tentu ikan bakar korang sedap. Boleh buat sambal ni banyak-banyak dan simpan dalam peti. Time nak bakar ikan, ambil je sambal dalam peti.

Kalau dah ada stock dalam peti, senang la kerja korang nak membakar. Tak payah nak masak sambal setiap kali nak bakar ikan lagi. Agak-agak boleh guna masak ikan bakar seminggu cukup la. Tapi kalau dah hari-hari makan ikan bakar, bosan jugak kan.

Makan kat luar dah tentu-tentu mahal. Elok kita bakar-bakar sendiri kat rumah. Tak nak buat arang, still korang boleh bakar ikan. Samada guna oven ataupun guna dapur gas. Kita buat dia kan! Yang penting, bakar ikan dalam daun pisang. Baru la padu!

Resepi sambal perap ikan bakar telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nasriah Ramli. Ramai tau yang share resepi ni kat Facebook. Viral sampai 4.3k share kat Facebook. Jimat dari makan kat luar! Sedap pun sedap!

 

RESEPI SAMBAL PERAP IKAN BAKAR 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sambal perap ikan bakar ni. Siap ada petai lagi kat dałam nya. Tak suka petai, boleh ketepikan. Jom tengok step memasaknya kat bawah ni.

 

Bahan-bahan kisar : 
  • Cili kering
  • Lengkuas
  • Halia
  • Bawang putih & merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Ikan bilis @ udang kering

 

Bahan lain : 
  • Petai
  • Hirisan daun limau purut
  • Hirisan daun kunyit

 

Bahan untuk air asam : 
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili api
  • Tomato
  • Bawang besar

CARA PENYEDIAAN SAMBAL PERAP IKAN BAKAR : 

▶️ Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

▶️ Masukkan perahan air asam jawa. Masak hingga kering.

▶️ Masukkan sos tiram, gula perang dan garam secukup rasa.

▶️ Kalau terlalu pekat atau kering, tambah sikit air

▶️ Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit.

▶️ Akhir sekali, masukkan petai.

▶️ Sambal dah sejuk, lumur pada ikan.

▶️ Balut dalam daun kunyit @ daun pisang.

▶️ Perap 30 minit sebelum dibakar. Siap!

 

Cara penyediaan air asam : 

▶️ Hiris halus cili merah, cili hijau, cili api, tomato dan bawang besar.

▶️ Kemudian, gaul dan lenyekkan bersama garam, gula, air asam jawa & belacan.

▶️ Perah air limau nipis. Nak best lagi, letak kerisik dan isi ikan rebus. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Bebola Kek Coklat Bercheese Yang Paling Sedap. Tak guna Tepung Tapi Guna Biskut Marie Je!

 

Alang-alang nak buat sambal ikan bakar ni. Korang buat sekali air asam untuk makan cicah ikan bakar. Sedap weh! Bertambah-tambah selera makan ikan bakar ni. Hidangan lengkap macam makan kat kedai. Nak ratah ikan sampai ketulang pun tak segan silu.

Cuti-cuti macam ni mesti ada banyak masa kat rumah kan. Boleh la bakar ikan nanti. Time cuti je boleh layan perut dan anak tekak. Masa kerja, makan pun kadang dah tak ingat. Betul tak? Rugi sangat korang tak try buat sambal ni. Makan sampai menjilat jari!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nasriah Ramli kerana sudi berkongsi resepi sambal perap ikan bakar campur petai ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open